Datang Majlis Nikah Rizman, Warganet ‘Usik’ Tok Ti Pula Macam Pengantin

Rasanya ramai tahu hubungan rapat yang terjalin antara pereka fesyen Rizman Ruzaini dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tidak hairanlah jika penyanyi tersohor ini antara tetamu istimewa yang memeriahkan majlis pernikahan Rizman yang diadakan pagi tadi.

Menerusi beberapa entri yang dimuatnaik di Instagram Siti Nurhaliza, rata-rata pengikutnya gembira dengan berita pernikahan Rizman dan isterinya, Nurida Suraya.

Dalam pada itu, segelintir warganet sempat mengusik baju yang digayakan Siti Nurhaliza lebih ‘mengalahkan’ baju pengantin. Ye ke ni? 

“Tok Ti pun nampak macam pengantin,” tulis salah seorang pengikut penyanyi terkenal ini.

Pasangan raja sehari ini mengenakan persalinan warna putih sama seperti pakaian Siti dan suami, Dato’ Sri Khalid Jiwa. Manis dan sepadan sekali! 

Selain Siti Nurhaliza, barisan artis popular antaranya Fazura, Fattah Amin, Nazim Othman dan Alvin Chong turut hadir ke majlis pernikahan Rizman hari ini.

SGMS Faida