Demam Blackpink Belum Habis… Tular Penonton Naik Sheikh Ketika Menyanyi Lagu Pink Venom – “Betul-Betul Blinks Tu”

Bahang kehangatan konsert jelajah dunia kumpulan K-Pop terkenal Blackpink masih lagi hangat diperkatakan dalam kalangan warganet biarpun sudah dua hari berlalu.

Konsert ‘Born Pink’ yang diadakan di Stadium Bukit Jalil itu dikhabarkan telah meraih sebanyak 62,000 penonton yang hadir, Sabtu lalu.

Terbaharu, tular menerusi platform TikTok seorang penonton yang hilang kawalan apabila lagu yang berjudul Pink Venom dinyanyikan oleh kumpulan itu.

@hsetchaal lost my shit #bornpinkinkl #blackpink ♬ Pink Venom – BLACKPINK

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengguna TikTok yang lain.

Rata-rata warganet terhibur mendengar suara pemilik akaun @hsetchaal itu yang bersungguh-sungguh menyanyikan lagu tersebut bersama.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut hampir mencecah 300,000 tontonan dan 43,600 tanda sukaBahang kehangatan konsert jelajah dunia kumpulan K-Pop terkenal Blackpink masih lagi hangat diperkatakan dalam kalangan warganet biarpun sudah dua hari berlalu.

Konsert ‘Born Pink’ yang diadakan di Stadium Bukit Jalil itu dikhabarkan telah meraih sebanyak 62,000 penonton yang hadir, Sabtu lalu.

Terbaharu, tular menerusi platform TikTok seorang penonton yang hilang kawalan apabila lagu yang berjudul Pink Venom dinyanyikan oleh kumpulan itu.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengguna TikTok yang lain.

Rata-rata warganet terhibur mendengar suara pemilik akaun @hsetchaal itu yang bersungguh-sungguh menyanyikan lagu tersebut bersama.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut hampir mencecah 300,000 tontonan dan 43,600 tanda suka

Fatin Nurain