“Nasib Tak Kena Penampar” – Sama Tapi Tak Serupa, Sharul Kamal Nyaris Diserang Orang Awam Gara-Gara…

Penyanyi Sharul Kamal tampil meredakan situasi tegang dalam kalangan warganet selepas dirinya turut terpalit dengan kemelut rumah tangga di antara pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menurut Sharul, dirinya kerap dipanggil sebagai Hafidz Roshdi kerana wajah mereka yang dikatakan sama.

Bimbang dirinya turut diserang, Shahrul telah memuat naik semula videonya bersama Hafidz menerusi sebuah perkongsian di TikTok.

“Nampak sahaja sama tapi bukan dia. Semalam dekat R&R tapah, ada sorang akak ni ingat aku Hafidz Roshdi. Nah video ni untuk anda yang selalu salah orang,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Hafidz sempat berpesan kepada Sharul agar tidak membuat perkara yang tidak elok bagi mengelakkan sebarang kontroversi berlaku.

“Saya pelakon, dia penyanyi. Jangan nak samakan. Kalau nak samakan pastikan benda baik, benda-benda buruk jangan samakan. Kau jangan buat hal, aku pun tak boleh buat hal juga. Bahaya,” kata Hafidz.

@sharulkamal_ Semalam dekat R&R tapah, ada sorang akak ni ingat aku Hafidz Roshdi. Nah video ni untuk anda yang selalu salah orang. #sharulkamal ♬ original sound – Sharulkamal

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib penyanyi itu.

“Hahaha..tak pasal-pasal kena kecam ya.

“Nasib tak kena penampaq dengan akak tu.

“Lain-lain.. Kau bang jangan buat hal macam dia.

“Part mana yang sama?,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain