“Panggilan Itu Biadap!” – Amelia Henderson Kecewa Digelar Janda, Mohon Orang Ramai Berhenti Rendahkan Wanita Berdasarkan Status

Pelakon jelita, Amelia Henderson tampil membidas komen individu mulut celupar yang menggelarkannya seorang janda menerusi sebuah ciapan.

Ia ekoran sebuah ciapan yang dimuat naik oleh individu di Twitter memuji keperibadian Amelia yang mempunyai IQ setinggi 180, selain sangat berbakat dan cantik.

Ciapan tersebut bagaimanapun dibalas oleh netizen yang menambah ciri Amelia iaitu seorang janda.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, aktres drama Kisah Cinta Kita memohon orang ramai untuk berhenti merendahkan diri wanita bergantung kepada status hubungan.

Tambahnya lagi, panggilan janda kepada dirinya dianggap sangat biadap dan lebih selesa sekiranya namanya dikenali sebagai seorang wanita bekerjaya dalam industri seni.

“Kalau masalah besar dengan saya adalah saya pernah berkahwin, jadi saya rasa baik-baik saja.

“Saya sangat benci perkataan janda. Boleh tak sekiranya kita berhenti merendahkan wanita dengan melabel mereka berdasarkan status perhubungan kami untuk tahun 2023 ini?

“Saya adalah seorang pelakon, model, pengacara, penerbit dan penati yang pernah memenangi anugerah selama 27 tahun.

“Janda adalah cara paling biadap dan tidak menarik untuk menggambarkan diri saya,” bidasnya.

Sekadar info, Amelia pernah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada 14 Ogos 2015 yang juga anak saudara Sultan Kedah.

Aqilah Paharuzi