“Melingkup Lah Kau Tak Ada Job” – Netizen Minta Pihak Produksi Boikot Hafidz Roshdi

Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri semakin hangat diperkatakan semua pihak apabila Hafidz menyerang isterinya itu sehingga mendatangkan kecederaan, minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

Ternyata tindakan Hafidz itu mengundang pelbagai reaksi daripada kebanyakkan pihak yang rata-ratanya berang dengan pelakon Bisik-Bisik Gelora itu yang menaikkan tanggan kepada isterinya.

Terkini, berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan berpendapat Hafidz patut digam daripada industri hiburan tanah air.

Malah, ramai menyuarakan agar penerbit dan pengarah tempatan untuk memboikot Hafidz daripada mana-mana stesen televisyen (TV).

Lebih mengejutkan, ada juga netizen yang berpendapat sekiranya terdapat mana-mana penerbit ataupun pengarah yang mengambil Hafidz berlakon tidak akan menguntungkan.

Sehingga kini, Hafidz masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan mengenai kemelut rumah tangganya itu.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon lelaki yang menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Tumbuk Isteri Ditahan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Pipi Bengkak & Terkoyak, Nurul Shuhada Kongsi Foto Keadaan Muka Ditumbuk Hafidz Roshdi

Februari lalu, Nurul Shuhada tampil mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan gara-gara munculnya orang ketiga.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Khairil Khusyairi