Categories: HiburanSelebriti

Demi Album Pertama, Ayda Jebat Sanggup Berulang Alik Ke Jakarta

Selepas single Temberang berjaya menambat sebilangan besar pendengar tanah air, Ayda Jebat bakal tampil dengan sebuah album yang memuatkan 10 buah lagu baharu tidak lama lagi.

Ayda ketika ditemui di majlis pelancaran ANAS Cosmetics memaklumkan dia kini giat menyiapkan proses rakaman kesemua lagu baharu yang bakal dimuatkan dalam album istimewa itu.

“ Menariknya, kali ini saya banyak mengetengahkan lagu-lagu balada. Sebelum ini saya selalu dikenali sebagai penyanyi dengan lagu fast beat.

“ Tetapi kali ini saya mempertaruhkan lagu Balada ciptaan sendiri dibantu oleh seorang komposer dari Indonesia (komposer sama menghasilkan lagu Nakal).

“ Saya juga berulang-alik ke Jakarta menyiapkan proses rakaman di sana. Dapat juga saya hasilkan dua ke tiga buah lagu. Syukur sangat segalanya dipermudahkan,” katanya bersemangat.

Berkongsi tentang single pertama yang akan berada di radio tidak lama lagi, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat memberitahu dia merupakan komposer untuk lagu berkenaan.

“ Istimewanya, lagu itu ditulis sendiri dibantu oleh seorang rakan komposer dari Indonesia yang merupakan komposer sama untuk lagu Nakal juga.

“ Insya Allah, lagu itu akan menjadi lagu tema untuk sebuah drama yang akan ditayangkan di TV3 pada 8 Mac ini. Judulnya saya rahsiakan, pendengar kena tonton drama itu nanti,” katanya berseloroh.

Tambah Ayda, proses menyiapkan album pertama ini sudah bermula sejak 22 Februari lalu manakala persediaan menulis lirik lagu telah dibuat sejak tahun lalu. Good Luck Adik!

SGMS Faida

Recent Posts