Categories: HiburanOMGSelebriti

Muat Naik Gambar ‘Panas’ Di IG, Nabila Huda Kena Hentam Lagi

Netizen oh Netizen!

Selepas pelakon Nabilah Huda memuat naik gambar ‘panas’ nya menerusi akaun instagram miliknya semalam, ramai netizen membanjiri ruangan komen pelakon tersebut dengan kata-kata hinaan kononnya pelakon ini tidak seharusnya memuat naik gambar tersebut dengan hanya memakai pakaian dalam seperti bra. 

 

Malah, netizen juga sempat membuat spekulasi kononnya, gambar tersebut sengaja dimuat naik memandangkan sebelum ini, Abil pernah memberikan kenyataan kononnya, tidak mahu memuat naik lagi gambar-gambar personal miliknya di platform tersebut dengan alasan netizen hanya suka hentam sahaja.
Dan menyedari peranan netizen yang suka mengkritik, Abil sekali lagi memuat naik gambarnya itu berserta caption yang dianggap menyindir tindakan netizen.
Ini antara komen netizen berkenaan posting Nabila Huda.
Apapun, sama-samalah kita tunggu komen daripada tuan empunya diri, okay!
Salma Syahbuddin