Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 18, 2024 @ 4:20pm

Demi Perbaiki Diri, Syafi Tee Bersendirian Selama 6 Bulan… Akui Tak Minat Berkawan

Pelakon, Syafi Tee mengakui lebih selesa untuk menyendiri dan tidak berminat untuk bergaul dengan orang lain.

Selepas terpalit kontroversi panas tahun lalu, anak pendakwah Ridhuan Tee ini mengambil masa selama enam bulan berseorangan kerana mahu memperbaiki diri.

“Apa yang saya buat adalah tinggal di rumah, pergi masjid, duduk dengan keluarga, pergi gimnasium, tidur awal, ambil makanan sihat dan baca skrip untuk penggambaran.

“Itu adalah rutin saya setiap hari. Saya tidak keluar dengan orang lain atau melepak. Kalau pergi karaoke, tengok wayang pun seorang. Saya buat semuanya sendirian,” katanya.

Syafi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama baharu platform penstriman, Viu berjudul Terlanjur Cinta, baru-baru ini.

Mengulas lebuh lanjut, Syafi atau nama lengkapnya Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee tidak mahu untuk menghabiskan masanya kepada benda-benda ‘lagha’ kerana mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri.

“Bukan tidak mahu berkawan, tetapi, saya percaya, apabila buat banyak perkara sendiri, kita akan lebih fokus.

“Kalau banyak fokus kepada perkara lain, kita tiada masa untuk diri sendiri. Kita banyak bagi tenaga di luar. Dari itu, akan nampak perubahan pada diri kita,” tuturnya lagi.

Sebelum ini, nama Syafi menjadi sebutan hangat di media sosial selepas terpalit kontroversi panas tular video mirip wajahnya dilihat intim bersama seorang wanita.

Namun begitu, Syafi tidak mengendahkan kontroversei tersebut dan memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Syafi tampil dalam drama terbaharu yang akan disiarkan di Viu pada Ramadan, iaitu Terlanjur Cinta yang ditayangkan sejak Khamis lalu.

Selain Syafi, drama arahan Izuan Mokhtar itu menampilkan Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Khir Rahman dan Datin Seri Umie Aida.

Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Video Pelakon Lelaki Mirip Anak Pendakwah Terkenal Bercumbu Dengan Seorang Wanita.. Biar Betul?

Artikel Berkaitan: Ridhuan Tee Jawab Isu Syafi Tee Bercium & Peluk Kekasih – “Benar, Iman Tak Dapat Diwarisi..”

Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Wanita..” – Berpeluk & Bercumbu, Kekasih Syafi Tee Mengaku Dirinya Mak Nyah?

Artikel Berkaitan: Syafi Tee Terpaksa Pindah Keluar Rumah, Tak Mahu Tengok Ibu Bapa Sedih Gara-Gara Kontroversi Lalu – “Setiap Hari Saya Depress”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Jul 2022

“Langkah Mayat Saya Dulu!” – Meerqeen Beri ‘Amaran’ Pada Dai Syed Jangan Ganggu Anna Jobling

Meerqeen bagi ‘amaran’ pada Dai Syed jangan ganggu Anna Jobling.

Featured Sun, 17 Oct 2021

Teruja Dapat Kek Birthday Dari Jiran, Reaksi Budak Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Bak kata pepatah, jiran sepakat membawa berkat. Jiran adalah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita dan penting dalam kehidupan kita. Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang bernama @imanfauzi97 telah memuat naik sebuah video di aplikasi […]

Trending Fri, 28 Dec 2018

Angin Kencang Mulai Esok Hingga Khamis, Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan

Angin Kencang Mulai Esok Hingga Khamis, Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan Bagi Kawasan Pantai Timur

Trending Mon, 9 May 2022

Tunjuk Peningkatan, Media Prima Audio Kekalkan Kedudukan

Media Prima Audio (MPA) masih mengekalkan kedudukannya sebagai rangkaian radio berpengaruh di negara ini, sebagaimana yang direkodkan menerusi tinjauan radio komersial GFK (GfK Radio Audience Measurement) pertama untuk tahun 2022. MPA memulakan tahun 2022 dengan […]

Selebriti Tue, 15 Aug 2023
Featured Fri, 20 Oct 2023