Demi Save Bidadari, Ismail Izzani Alami Bengkak Badan

Penyanyi Ismail Izzani mengakui berdepan dengan cabaran ketika menjalani penggambaran muzik video lagu terbarunya, Save Me Bidadari.

Ismail Izzani ketika ditemui di Prelude AJL memaklumkan dia menghabiskan masa selama empat hari di lokasi penggambaran.

“ Untuk babak lawan, saya ambil masa seminggu untuk menjiwai watak. Menariknya, saya terkenal pukulan betul sehingga bengkak.

“ Mula-mula, pasukan produksi ada bertanya sama ada saya mahu guna khidmat stuntman tetapi saya nak bagi legit. Jadi saya cuba buat sendiri. Hanya dua babak guna stunt betul, lain semua guna bantuan tilam sebagai penyelamat,” katanya kepada XTRA.

Biarpun lagunya tidak tersenarai dalam AJL tahun ini, Ismail meletakkan harapan agar lagu Sampai Bila berjaya membawa pulang trofi tahun ini.

“ Kak Misha merupakan idola saya. Saya harap dia buat yang terbaik dan menang malam itu nanti,” katanya.

Ismail Izzani bakal membuat persembahan di Konsert Prelude AJL 33 . Tidak dapat ke sini tidak perlu risau, anda boleh menonton  melalui saluran tonton dan di  www.xtra.com.my!

SGMS Faida