Lagu Throwback Siti Nordiana Masih Menyengat

Penyanyi dan juga Mentor ini sememangnya dianggap sangat bertuah kerana hasratnya untuk membuat persembahan pada AJL33 kali ini telahpun termakbul setelah impian beliau untuk beraksi pada AJL32 menerusi lagu Terus Mencintai tidak berhasil.

Menghangatkan pentas showcase Prelude AJL33 dengan lagu taruhan beliau pada AJL32 lalu, Siti Nordiana sememangnya begitu sebati dengan lagu bergenre balada.

 

Terus membawa penonton dan peminat dengan alunan muzik balada, Siti Nordiana dilihat  masih mampu mencuri perhatian peminat yang hadir menerusi lagu ciptaan dan single ketiga beliau berjudul, Hatiku Milikmu.

Jadi, buat peminat Siti Nordiana dan Jaclyn Victor jangan lupa untuk undi lagu mereka pada AJL33 nanti okay! Undi di www.xtra.com.my  atau buat semua peminat Siti Nordiana yang ketinggalan untuk mengikuti persembahan artis kesayangan korang di showcase prelude AJL33 korang boleh saksikan di Youtube TV3 Malaysia.

Stay tune dan hangatkan prelude dengan #GalaxyA9

Salma Syahbuddin