‘Menang Kalah Hal Kedua, Yang Penting Sihat’ – Sufian Suhaimi

“ Apa yang penting sekarang adalah tahap kesihatan saya pada malam itu nanti,” katanya ringkas mengenai persediaan untuk malam Anugerah Juara Lagu ke 33.

Sufian Suhaimi ketika ditemui di Prelude AJL 33 di KL Live memaklumkan dia menyerahkan kepada juri yang pakar untuk mengadili lagu mana yang layak.

“ Saya harap kesihatan menyebelahi saya pada malam itu nanti. Setiap lagu dan penyanyi memiliki potensi masing-masing. 

“ Semua lagu ada kehebatan dan pendengar mereka tersendiri. Saya tak boleh nak komen lebih kerana semua finalis pada malam itu hebat-hebat belaka,” katanya.

Akui Sufian, dia memiliki perancangan untuk membawakan lagu Di Matamu dengan cara tersendiri.

“ Lagu ini sendiri memiliki sejarah. Saya harap persembahan saya bakal diingati oleh semua yang menonton pada malam itu nanti,” katanya.

Teruskan menonton Prelude AJL 33 pada malam ini di saluran Tonton dan laman www.xtra.com.my. 

SGMS Enal