Finalis AJL33 ini nampaknya tidak pernah menghampakan peminat dengan persembahan dan showmanship beliau ketika berada di atas pentas.

Menyanyikan lagu dengan genre yang berbeza pada prelude AJL33, nampaknya kekuatan vokal Syamel tidak dapat dipertikaikan lagi. Dan, ini sekaligus membuatkan beliau antara pesaing hebat pada AJL33 nanti.

 

Persembahan menerusi lagu taruhan di AJL33 dengan lagu Kau Pun Sama, nampaknya Syamel begitu berani tampil vokal yang mantap berserta tarian yang pastinya bakal menghangatkan suasana.

 

Haa, kalau korang peminat setia Syamel, pastikan korang saksikan persembahan Syamel di AJL33!  Jangan lupa undi di www.xtra.com.my 

Buat korang yang terlepas untuk menyaksikan prelude AJL33, korang boleh chek it out di Youtube TV3 Malaysia dan www.xtra.com.my

 

Salma Syahbuddin