Vroom Vroom Lebih Sesuai Untuk Ara Johari, Apa Komen Nabila Razali?

Jika dilihat pada muzik video lagu Vroom Vroom di Youtube, rata-rata netizen meninggalkan komen memberitahu lagu ini lebih sesuai dinyanyikan oleh penyanyi Ara Johari.

Bagi Nabila Razali yang merupakan pelantun lagu ini, dia tidak berkecil hati dengan komen-komen berkenaan.

“ Itu pendapat masing-masing, saya tidak boleh halang netizen untuk mengeluarkan pendapat. Saya yakin komposer tahu dengan kemahuan mereka dan kemampuan penyanyi itu sendiri.

“ Mungkin rezeki penyanyi lain pula untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Hael dan Ezra pada masa akan datang. Saya pun tidak boleh komen lebih lanjut. Semua terletak pada rezeki masing-masing,” katanya kepada XTRA.

Sebelum ini, nama Nabila Razali meledak apabila tampil dengan gimik lagu Pematah Hati yang turut menggunakan khidmat komposer sama.

Saksikan Nabila Razali membuat persembahan di konsert Prelude AJL 33 melalui salura tonton dan di XTRA : www.xtra.com.my!

SGMS Faida