Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 24, 2022 @ 9:47pm

“Dengan Izin Allah” – Syamsul Yusof Tak Gentar Diboikot, Filem Mat Kilau Raih RM1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan!

Umum sedia maklum, kontroversi melibatkan pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengenai dakwaan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang mendedahkan rumah tangga mereka diganggu orang ketiga sehingga kini masih belum terlerai.

Sedar akan namanya ditempelak banyak pihak terutamanya semasa tayangan filem terbaru arahannya, Mat Kilau, Syamsul bagaimanapun mengakui tidak gentar sekiranya namanya diboikot oleh segelintir pihak.

Terkini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Syamsul memaklumkan filem Mat Kilau berjaya mencipta sejarah apabila filem epik tempatan pertama ini mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, semalam.

“Pecah rekod sebagai hari pembukaan kumpulan tertinggi filem epik Melayu!” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul, 38, meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki yang dikirimkan daripada Allah SWT, selain turut berkongsi pendapat bahawa orang Melayu mampu bersaing dengan filem Hollywood.

“Saya sebagai pengarah bersama pelakon dan pasukan penerbitan dengan rasa rendah diri, sangat bersyukur dengan pencapaian yang amat membanggakan ini.

“Seperti apa kita tahu, dengan ini Mat Kilau menjadi filem epik Melayu pertama kutipan tertinggi dalam sejarah bagi filem epik. Jadi tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Syukur alhamdulillah. Rezeki daripada Allah.

“Secara peribadi, saya dah banyak buat filem dan melalui fasa ini beberapa kali filem pecah rekod, jadi perasaan saya lebih pada menghargai karya saya selepas ini.

“Mengambil lebih serius dan terus belajar, belajar dan belajar demi memartabatkan industri filem Melayu yang mungkin pada segelintir memandang rendah.

“Pada saya kita orang Melayu tak kira apa jua bidang sama ada filem atau bidang lain kita orang Melayu jangan memandang rendah terhadap jati diri sebagai orang Melayu.

“Kita juga hebat dan mampu bersaing dengan filem Hollywood lain. Kita mampu bersaing dengan dengan orang lain dalam apa juga bidang.

“Mat Kilau bukan saja pecah rekod pembukaan hari pertama malah mengetepikan filem Hollywood lain yang sedang ditayangkan di Malaysia,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Instagram Syamsul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Trending Wed, 15 Aug 2018

Kes Obesiti Makin Serius, Pemimpin Dicabar Kurus Dalam Masa Setahun

Wabak obesiti’ di wilayah itu didakwa berpunca daripada makanan import yang diproses selain daging berlemak.

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

黄浚维泪洒记者会!歌唱老师圆10年梦发片

从事教育工作有10年时间的Jinv黄浚维,为了自己的歌唱热诚圆一个梦想,终于推出个人首张专辑《你为什么要唱歌?》;从歌唱老师晋升歌手的他,好友和爱徒纷纷现身记者会,让他不禁泪洒现场。

Hiburan Tue, 21 May 2024
Featured Fri, 3 Apr 2020

Kulot sesuai semua saiz badan, selesa pula!

Selesa walau apa sahaja kegiatan dilakukan

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Featured Fri, 7 May 2021

Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini. Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program […]

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

‘Jangan Samakan Saya Dengan Usop’- Heedan Mohamad

Saya ada bakat tersendiri yang mahu dipersembahkan dan tidak mahu dianggap cuba tumpang populariti penyanyi lain

Agama Fri, 28 Jun 2024

Ramai Pilih Nikah Di Sempadan, Kerajaan Perkukuh Kerjasama Dengan Agensi Agama Selatan Thailand

Bagus juga sekurangnya dapat pastikan perkahwinan itu sah di sisi undang-undang

error: Content is protected !!