Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 26, 2023 @ 1:00pm

“Dia Okay, Dia Wanita Kuat!”- Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Isu Cerai Noor Nabila & Engku Emran

“Dia wanita kuat dan memang kena hadap benda-benda begini, hendak buat macam mana? Bukannya kita minta”.

Demikian repsons pelakon, Sharnaaz Ahmad mengenai isu perceraian bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor bersama Engku Emran baru-baru ini.

Sharnaaz berkata, Nabila mampu menghadapi ujian tersebut kerana dia merupakan seorang wanita yang sangat kuat.

“Memang akan ada benda tak kena dalam hidup, jadi kena terima.

“Dia wanita kuat dan memang kena hadap benda-benda begini, hendak buat macam mana. Bukannya kita minta, kalau kita minta lainlah,”katanya.

Nabila Engku Emran cerai

Perkara itu dikongsi Sharnaaz atau nama penuhnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, menerusi sesi live di Instagramnya pada Isnin.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga percaya apa sahaja dugaan yang terjadi terhadap bekas isterinya itu pasti akan ada berita gembira yang Allah akan berikan sebagai ganjaran kelak.

“Tuhan beri kita macam-macam. Apabila dia beri yang baik, kita buat-buat tak nampak tetapi apabila dia beri yang tidak seronok, kita nampak pula.

“Dia tarik nikmat dan buat kita rasa pening sikit untuk memberi sinar lain dalam hidup. Selalulah fikir positif,” jelasnya.

Sementara itu, pelakon KL Gangster ini juga meminta agar orang ramai menghormati privasi Nabila dan tidak masuk campur dengan memberikan tanggapan negatif terhadapnya.

“Jangan terlalu over pasal hal orang dengan buat andaian. Tuhan pun akan balas semula apa yang kita kutuk orang lain.

“Apa sahaja yang kita bercakap pada orang, Tuhan akan beri semula hal sama pada kita.

“Kadang-kadang sebagai manusia, jangan menyibuk sangat hal orang sebab hal sendiri pun tak tahu apa akan jadi nanti,”ujarnya.

Pada Isnin, Noor Nabila dan Engku Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Noor Nabila bagaimanapun menyifatkan perceraian tersebut adalah takdir yang telah tertulis malah bersyukur urusan telahpun selesai dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN:”Saya Tak Pernah Keluar Mencari Atau Rancang Untuk Kahwini Mereka” – Isu Cerai Noor Nabila, Engku Emran Titip Ucapan Penghargaan Buat Bekas Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:“Perpisahan Ini Bukan Perjalanan Mudah” – Noor Nabila, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Tue, 26 Oct 2021

Manusia Terkaya Dunia, Jeff Bezos Mahu Bina ‘Business Park’ Di Angkasa

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos yang juga mempunyai syarikat aero angkasanya tersendiri, Blue Origin. Blue Origin yang juga merupakan syarikat pelancongan angkasa baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat ini bercadang untuk membina […]

Hiburan Thu, 26 Jun 2025

Athisha Khan Dipuji Bijak, Berhemah… Netizen Bandingkan Dengan Ameera Khan

Keperibadian Athisha Khan dibandingkan dengan Ameera Khan

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

TONTON BAKAL PERKENAL WAJAH BAHARU, ANDA PILIH!

Tonton bakal memilih wajah-wajah barunya untuk tahun 2018 menerusi undian pembaca

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Wany Hasrita Berserah Jika Rumah Tangga Diuji Dengan Isu Curang – “Jaga Sebaik Mana Pun Kalau Dia Nak Buat Jadi Juga”

Apa pun, Min doakan rumah tangga Wany dan suami sentiasa dilindungi olehNya ❤️

Featured Wed, 21 Dec 2022

“Doktor Kata Boleh Tambah Lagi…” – Anak Nora Ariffin Tak Nak Adik, Pilih Tambah Amal Ibadah

Bukan senang kan nak besarkan anak lebih-lebih lagi zaman sekarang ni..

Featured Tue, 5 Apr 2022

Guru Tahfiz R*gol 13 Pelajar Dihukum Mati, Lapan Daripada Mangsa Disahkan Hamil

13 Pelajar dalam lingkungan usia antara 12 tahun dan 16 tahun.. Allahuakbar, kesiannya..

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Kami Masih Mencuba Mungkin Bukan Rezeki Kami Lagi

“Kami sentiasa mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam rumah tangga kami. Namun dalam masa yang sama saya percaya dengan ketentuan Allah.

error: Content is protected !!