“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Spekulasi berhubung aktor Afiq Muiz yang didakwa memukul bekas isterinya, Pachara Emmanuel Apin sehingga kini masih belum selesai.

Malah, isu tersebut bertambah hangat selepas adiknya, pelakon Aishah Azman tampil mempertahan serta membidas bekas kakak iparnya yang dianggap menyebar fitnah.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nasihatkan Da’i Syed, Bekas Isteri Dakwa Afiq Muiz Kaki Pukul? – “Kau Buat Aku Patah Kaki & Jari, Tu Dipanggil Apa…?”

Artikel Berkaitan: Berang Aib Afiq Muiz Tercalar, Aishah Azman Dakwa Bekas Kakak Ipar Ada Sisi Gelap – “Curang, Minum Arak, Makan Bab*”

Artikel Berkaitan: “See You In Court!” – Susulan Didakwa Pukul Bekas Isteri, Afiq Muiz Buat Laporan Polis

Tidak berdiam diri, Pachara menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya mendedahkan bukti-bukti dianiaya Afiq serta foto menunjukkan bukti dirinya dalam keadaan lebam.

 

“Saya sudah lapor polis tahun lalu. Kesilapan besar bila tarik laporan sebab tak tahan tengok dia digari direman tiga hari. Rupanya lepas tarik laporan, tiada berterima kasih.

“Tiada minta maaf. Malah go telling people that I beat him up sampai jari saya patah. Logik ke tipu kau ni iblis? Saya tendang kau sampai kaki saya patah juga ke? Kau pukul saya sampai tinggal separuh nyawa.

“Kau belek badan saya pakai kaki kau sebelum kau lari? Iblis pun tak sezalim kau Muhammad Afiq Muiz,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Pachara seakan mendakwa Afiq mempunyai wanita lain disamping dirinya.

“Kau ingat kau boleh kahwin perempuan kaya guna rupa dan nama sebagai artis kan? Kau dengarlah cakap mama kau tu. Jual muka tu selagi boleh. Mak kau tu pun, ajarlah anak-anak jual muka status kasi kawin anak raja.

“Kau tak pandang bini kau gaji tiga ribu. Semoga jumpa perempuan kaya yang tahan kena main terus kena pukul. Mana wanita canrtik yang main forex ada 7,000 USD yang buat kau heran tu?

“Kahwin la dia. She likes you so much. Go show her your real self. Tapi jangan pukul-pukul dia.

“Bagi kerjasama untuk bercerailah iblis. Kau hilang kenapa? Kau ingat saya akan rindu kau? Jangan cabar. Otak saya kau hentak balik-balik di dinding ni kau tanggung kah. Jari saya patah ni kau ganti? Kerjaya saya dua kali hancur pasal kau,” dakwanya.

Aqilah Paharuzi