Umum mengetahui mengenai kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh empat gadis cantik iaitu Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.

Namun, sejak kebelakangan ini, dilihat kumpulan itu sering tampil bertiga sahaja di media sosial mahupun ketika melakukan persembahan termasuk di acara-acara besar.

Oleh itu, timbul tanda tanya dalam kalangan orang ramai mengenai ketiadaan seorang ahli The Gadys iaitu Faa Zaini, malah timbul dakwaan menyatakan mereka telah berpecah.

Susulan itu, bagi mengetahui situasi sebenar, Nelissa Nizam ditemu bual dan tampil memberi penjelasan.

“Actually… kami pun sedih dapat perform bertiga saja tapi keputusan semuanya di tangan pengurusan dan mereka yang tentukan sama ada kami saja yang perform ketika tu.

“So, kitorang pun tak boleh nak buat apa,” kata Nelissa.

Tambah, Nelissa atau mesra disapa Nely mendedahkan bahawa rakannya itu kini sedang berdepan dengan masalah kesihatan dan dia direhatkan atas arahan pengurusan bukan seperti dakwaan menyatakan dipulau atau berpecah.

“Eh tak… Never… cuma kami tengah busy, kami ada banyak latihan dan semasa itu dia sakit malah tak boleh untuk datang laithan. Jadi, bila dia tak boleh datang, kami tak boleh buat show sebab ia akan menjadi risiko.

“Jadi, memang tak boleh la, time tu pulak show besar dia adalah Absolut. Itu show pertama yang kami perform bertiga. Kami berlatih tapi dia sakit dan tak boleh ikut serta show tersebut.

“Pengurus kami cakap dia (Faa Zaini) direhatkan dulu atas sebab-sebab tertentu, so we cannot do anything. Kami pun dah cuba dan dia pun dah cuba tapi tidak boleh buat apa-apa.

Malah, Nely turut menafikan mengenai dakwaan yang menyatakan mereka bergaduh dan mengalami salah faham antara satu sama lain ketika ditemui di sesi fotografi drama Budak Tebing 3 di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Atiqah Johari