Pernah Hidup Susah, Haneesya Hanee Pakai Baju Orang Derma

Pelakon dan model, Haneesya Hanee mendedahkan pernah hidup susah sehingga tidak mampu untuk membeli pakaian.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah beri dalam kehidupannya sekarang.

Menurutnya, ketika susah dahulu dia hanya dapat berganti pakaian jika mendapat sumbangan pakaian terpakai daripada orang ramai.

“Ya Allah, terima kasih di atas semua rezeki ini. Saya masih ingat lagi masa susah dulu, saya dan keluarga dapat pakaian daripada rumah anak yatim atau baju orang derma.

“Lepas tu beli di bundle dan sekarang ini (pakaian berjenama). Saya nak nangis,” ujarnya.

Di dalam video tersebut, Hanee turut membawa adik dan ibunya untuk berbelanja di outlet pakaian itu.

Maya Basir