Featured By: Atiqah Johari March 7, 2023 @ 10:41am

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Pempengaruh media sosial dan penyanyi, Yazmin Aziz memaklumkan bahawa kekasih baharunya, Austin Veloso, berminat dengan agama Islam dan budaya Melayu.

Memetik laporan Harian Metro, kata Yazmin, Austin yang juga merupakan seorang atlet bola keranjang tersebut bukanlah beragama Islam namun suka untuk belajar mengenai Islam seperti sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

“Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam. Saya pun nak perkenalkan budaya kita kepada dia contohnya, nak belikan baju Melayu untuk dia juga. Dia pun suka tengok baju Melayu.

“Dia berdarah campuran Filipina, Sepanyol dan Portugis tapi berasal dari Kanada. Tapi, sekarang dia menetap di Hong Kong kerana bermain untuk satu kelab bola keranjang di sana,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, kekasihnya itu juga berasa kagum dengan orang Islam kerana berpuasa selama sebulan dan terbuka untuk mencuba berpuasa.

“Apa yang boleh saya katakan, dia memang terbuka untuk mencuba.

“Dia ada bertanya, orang Islam akan berpuasa selama sebulan? Saya beritahu kepadanya, memang sebulan dan dia rasa sangat kagum,” ujarnya kepada Harian Metro.

Walaupun hubungan jarak jauh, Yazmin dan Austin akan berjumpa sebulan sekali sama ada di Malaysia atau Hong Kong.

“Kami dah bercinta sejak lebih kurang dua minggu lalu. Saya tak tahu kenapa tapi saya dapat rasakan bahawa ada sesuatu yang istimewa mengenainya. Saya rasa, hubungan kali ini akan bertahan lama.

“Setiap bulan, kami akan berjumpa satu sama lain, sama ada di Malaysia atau di Hong Kong. Jadi kami perlu bekerja keras kerana hubungan ini perlukan usaha yang banyak,” kongsi Yazmin.

Sekadar info, Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Kelantan iaitu Nixon Guylherme.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Oct 2022
Trending Mon, 1 Jun 2020

Kementerian Arah TNB Perjelas Isu Bil Elektrik Melampau

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera

Trending Fri, 16 Apr 2021

4 Artis Baru Tampil Dengan Lagu Kerohanian ‘Sedar Ku’

Menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, empat artis baharu naungan Indigital Music hadir dengan buah tangan terbaru khusus untuk semua pendengar berjudul Sedar Ku. Jika diamati bait lirik Sedar Ku, ia bukan sahaja memberikan

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Che Ta Mengaku Seronok Bila Dapat Melaram

Kami memang suka melawa, qasa seqonok, qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih, tak qasa bersusah payah pun…

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

BTS sings OST For Japanese Remake Of ‘Signal’!

BTS is back with an OST for the Japanese remake of ‘Signal’!

Hiburan Thu, 17 May 2018

西城秀树骤逝!心脏衰竭享寿63岁

以翻唱《YMCA》走红的日本殿堂级歌手西城秀树,曾在2003及2011年两度中风,造成右半身麻痹后遗症,不过2016年克服身体不适;没想到17日传出他因心脏衰竭骤逝,享寿63岁。

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

“CALLING ME A BITCH?” DIANA DANIELLE GADUH

Entri itu seterusnya mengundang ‘perang’ komen antara peminat dan juga followers nya yang lain

Featured Wed, 21 Nov 2018

Jangan Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Yang Berkulat!

Nampak saja bersih tapi ianya sudah dicemari dengan akar kulat.

Hiburan Thu, 9 Feb 2023
Featured Mon, 3 May 2021

Majlis Tahnik Timbulkan Banyak Persoalan, Siti Nurhaliza & Datuk K Mohon Maaf

Berikutan tular majlis tahnik anak kedua mereka, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hari ini membuat permohonan maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka, Muhammad Afwa pada

| Live TV