Featured By: Aqilah Paharuzi April 20, 2022 @ 8:13pm

#WhazzupNetizen: Konflik Rumah Tangga Puteri Sarah, Rina Harun Dikecam Bawa Media & Lebih 500 PATI Melepaskan Diri

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Ira Kaza Ganggu Rumah Tangga Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

Kemelut rumah tangga yang melanda pengarah terkenal Syamsul Yusof dan pelakon jelita Puteri Sarah Liyana dikatakan diganggu oleh individu ketiga bernama Ira Kaza yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Sarah mendedahkan isu berkenaan menerusi hantaran di Instagam Story miliknya pada Ahad lalu setelah menahan perit selama empat tahun.

Tinjauan di ruangan media sosial mendapati ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa terkejut dan kesal atas nasib yang menimpa aktres jelita itu.

Dakwa mereka, Sarah dipercayai bertahan hanya kerana memikirkan nasib dua chaya matanya, hasil perkahwinan bersama Syamsul.

Ada juga dalam kalangan mereka yang mempertikaikan tindakan Syamsul yang berlaku curang kepada isteri secantik dan sebaik Sarah.

Bagaimanapun, Sarah pernah mengakui tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul namun anak penerbit filem terkenal Datuk Yusod Haslam itu memberitahu dia tidak bermaksud untuk bercerai.

2. Jumpa Bella, Rina Harun Dikecam Netizen Bawa Media

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun kekecohan dalam kalangan netizen apabila melawat mangsa kes penderaan membabitkan pengasas Rumah Bonda, remaja sindrom down, Bella di hospital.

Meninjau di ruangan media sosial, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa simpati terhadap adik Bella yang terpaksa berhadapan dengan ramai media dalam keadaan masih trauma.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya terjadi.

3. 500 PATI Melepaskan Diri

Tular di media sosial hari ini mengenai warga Rohingnya yang melarikan diri daripada Depot Imigresen Sementara Relau di Kedah pada awal pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan kejadian berikut bermula selepas timbulnya rusuhan di pusat tahan berkenaan sehingga mengakibatkan kejadian kejar mengejar di antara 500 pendatang asing dan pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, kumpulan PATI antaranya dipercayai warga Bangladesh, Indonesia dan etnik Rohingya dilihat keluar beramai-ramai dari depot terbabit oleh penduduk tempatan

Tinjauan di media sosial Twitter mendapati menyifatkan insiden berkenaan sebagai sesuatu yang mustahil untuk berlaku kerana mengetahui pihak imigresen mempunyai sistem kawalan ketat.

Dalam pada itu, dek kerana kejadian berikut rata-rata netizen mempertikaikan sistem tahanan Malaysia yang dikatakan perlu penyelidikan secara menyeluruh antaranya dari segi jumlah kakitangan.

Bagaimanapun, seramai 229 daripada 528 warga asing yang lari berjaya ditahan dan menurut laporan berita mendapati pihak polis telah melancarkan Op Kesan bagi mengesan baki 171 pelarian Rohingnya di sekitar kawasan terbabit.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Sebar Energi Positif Ke 150 Juta Pengikut, Usaha Ariana Grande Dipuji!

Ariana mengingatkan pengikutnya bahawa hidup lebih indah jika anda mengizinkan dan menggunakan energimu dengan tepat,

Trending Tue, 19 Feb 2019

Isu Vaksin Cetus Perbalahan Netizen! Doktor Pakar Ini Akhirnya Bersuara

Rancangan yang bertajuk Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan ini menjadi perdebatan hangat kelompok netizen di laman sosial

Hiburan Fri, 28 Jul 2023