Trending By: Padin December 7, 2023 @ 8:29pm

“Allah Uji Sebab Sayang” – Kembali Bermula Dari Kosong, Puteri Zarith Cabar Diri

Usahawan selebriti, Puteri Zarith memandang positif segala ujian yang datang kepadanya.

Sibuk mengendalikan bisnes dan menguruskan dua cahaya mata, Puteri turut berdepan dengan masalah rumah tangga dan kini berada dalam proses perceraian.

“Ujian yang datang membuatkan saya kuat. Saya mahu terus maju dan memandang ke hadapan.

“Saya anggap ujian yang datang ada hikmah. Allah uji sebab Dia sayang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 7 Bulan Tak Sebumbung… Puteri Zarith Masih Berstatus Isteri, Kes Cerai Sedang Berjalan – “Emosi Anak-Anak Paling Penting”

Puteri ditemui di majlis pelancaran produk bawah jenama baharu, PZ yang mengelurkan minuman bakar lemak The Teh Tarix dan The Matcha, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Zarith (@puterizarith)

Bekerjasama dengan beberapa artis sebelum ini seperti Marion Caunter, Nora Danish dan Mira Filzah, jenama PZ diusahakan sendiri oleh Puteri tanpa kolaborasi dengan mana-mana selebriti.

Menurut Puteri, dia mahu mencari kelainan selepas 10 tahun melibatkan diri dalam dunia bisnes.

“Saya pernah muncul dengan produk sendiri iaitu Olicandy dan bersyukur ia mendapat sambutan. Saya juga dikenali dengan kolaborasi bersama selebriti.

“Kali ini, PZ saya usahakan sendiri dan mahu bermula dari kosong. Saya lakukan semuanya sendiri dan mahu mencabar diri. Saya berharap produk ini mendapat sambutan, Insya-Allah,” katanya.

Minuman bakar lemak The Teh Tarix dan The Matcha melalui produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih enam bulan sebelum ia menemui pelanggan.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti iaitu Intan Najuwa, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Farahdhiya, Datin Seri Zizie Izzette, Hisyam Hamid, Amir Ahnaf, Khai Bahar, Nazim Othman dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Tue, 26 Mar 2024

Alami Pendarahan Tak Berhenti, Vivy Yusof Keguguran Anak Ke-5

Allahuakbar, semoga Vivy sekeluarga tabah 😢

Trending Mon, 30 Apr 2018

「6小时盖好的房子」一走进去让人不想出来了!

盖一间房子需要多久呢?这名来自意大利的设计师雷纳托(Renato Vidal)盖了一栋只花了6小时就完成的屋子,而且里头还相当精致。

Trending Fri, 24 Jul 2020

Cuti Khas Aidiladha Belum Diputuskan – KPM

Jadi tunggu dulu keputusan KPM okay!

Trending Thu, 24 May 2018

Krisis Politik Perlis, UMNO Perlis Rayu Tun M Masuk Campur?

Seminggu sebelum raya nanti, semua sembilan Adun BN ini akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk lantikan Menteri Besar yang dipilih.

Trending Sun, 15 Nov 2020
Featured Mon, 20 Feb 2023