Hiburan By: Padin April 17, 2022 @ 6:53am

“Saya Ada Tone Suara Yang Sedap” – Yakin Ada Bakat Menyanyi, Kelly Azman Muncul Dengan Single Duet ‘Nikmat Di Hari Raya’

Selebriti serba boleh, Kelly Azman kini muncul dengan single terbaharu berjudul Nikmat Di Hari Raya, duet bersama Ismaliza Ismail (Isma AF7).

Nikmat Di Hari Raya merupakan single ketiga Kelly selepas Kepulangan Di Hari Raya (2010) dan No No No (2017).

“Single ini merupakan ciptaan S. Atan dan liriknya pula nukilan Tanty dan Miss Darna. Sepatutnya lagu ini dikeluarkan pada tahun lalu tetapi atas kekangan pandemik, lagu ini dapat direalisasikan pada tahun ini.

“Idea untuk menghasilkan lagu ini datang dengan spontan bersama Isma. Semuanya dipermudahkan biarpun menghadapi rintangan dan akhirnya lagu ini muncul selepas setahun menanti.

“Menerusi single Nikmat Di Hari Raya, kami bekerjasama dengan Sony Music. Alhamdulillah, lagu ini sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital pada 15 April dan jika tiada aral melintang, ia bakal berada di saluran YouTube Sony Music Malaysia pada 30 April ini.

“Lagu ini mengisahkan mengenai nikmat untuk kembali meraikan lebaran bersama keluarga dan teman tersayang pada tahun ini selepas dua tahun tidak bersama kerana Covid-19. Saya berharap lagu ini dapat sambutan yang baik, Insya-Allah,” katanya.

Biarpun sering menerima kritikan netizen yang menganggap dirinya tidak layak bergelar penyanyi, Kelly mempunyai pendirian tersendiri.

“Ramai yang tak berpuas hati dengan saya, pastinya kehadiran single ini akan dikritik, lebih-lebih lagi apabila ada netizen yang menganggap saya tak layak bergelar penyanyi.

“Saya rasa saya layak menjadi seorang penyanyi kerana saya mempunyai tone suara yang sedap dan mempunyai bakat tersendiri dalam bidang muzik. Saya yakin dengan bakat dan suara yang diberikan oleh Allah untuk saya menghiburkan peminat.

“Biarpun saya menerima kecaman, ramai juga peminat yang memberikan sokongan tak berbelah bahagi. Jadi, itu menjadi sebab untuk saya terus berusaha dalam bidang seni tanpa rasa bosan dan penat. Lagipun, bidang seni adalah minat saya dan saya tak akan berhenti untuk memberikan yang terbaik.

“Insya-Allah, selepas ini saya bakal muncul dengan single balada dan saya juga sedang dalam perancangan untuk berkolaborasi bersama trio BBNU. Saya teruja kerana lagu itu dicipta oleh komposer prolifik, Sharon Paul. Doakan segalanya dipermudahkan,” katanya.

Dengarkan single Nikmat Di Hari Raya di semua platform penstriman digital sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Aug 2018

农历七月抓交替?溪边惊见裸男浮尸 救难队到场竟「复活」

农历七月鬼门开,坊间盛传溪边、海边都会有水鬼「抓交替」;近日就有一名男网友在网路上PO出一段影片,只见一名裸男面部朝下,趴在湍急的水流中央……

Featured Mon, 14 Nov 2022

Sakit Perut Jam 3 Pagi, Hans Isaac Dimasukkan Ke Hospital & Segera Dibedah

Sakit perut jangan buat main ya.. Get well soon!

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

Tahniah Buat Jihan, Dah Jadi Seorang Ibu

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi comel seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan hari ini

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Fara Fauzana Kembali Ke Konti?

Yeay! Meriah lah konti lepas ni dengan suara kak Fafau kita!

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023

Umum Hamil Lagi, Netizen Bimbang Kesihatan Isteri Fizo Omar – “Tak Boleh Jadi Contoh…”

Kesian juga dekat yang pregnant tu.. Hmm apa pendapat korang?

Hiburan Fri, 3 Nov 2023