Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Maya Basir January 30, 2023 @ 6:33pm

Umum Hamil Lagi, Netizen Bimbang Kesihatan Isteri Fizo Omar – “Tak Boleh Jadi Contoh…”

Baru-baru ini, pelakon Fizo Omar mengumumkan berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri disahkan hamil anak kedua selepas lapan bulan melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memberitahu kandungan isterinya itu sudah berusia lima bulan dan dia bakal menerima kehadiran anak yang ketiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Namun, menerusi ciapan di Twitter, terdapat individu yang bimbang perkara itu akan memudaratkan kesihatan ibu yang baru lepas melahirkan anak untuk kembali mengandung semula.

“Saya faham sesetengah orang nak anak yang ramai, tapi kena menitikberatkan soal kesihatan ibu bayi itu.

“Tu lah nak banyak-banyak anak, pergi la kahwin banyak senang. Dapat 4 anak setiap 9 bulan, pastu tak tahu apa lelaki dapat dengan banyak-banyak anak,” ujarnya tuju kepada foto tajuk sebuah portal hiburan.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen turut menyatakan rasa bimbang dan berkongsi cerita sedih berkenaan ibu yang melahirkan anak dengan jarak umur yang sangat dekat.

“Dulu ada ibu meninggal sebab letih susu dua orang anak gap umur dekat-dekat.

“Lelaki ingat perkara itu okey selepas dah habis pantang tapi sebenarnya wanita punya dalaman ni masih luka sana sini dan ambil masa bertahun untuk sembuh balik macam biasa.

“Kalau follow up dengan doktor kerajaan mahu kena marah ni. Tak boleh jadi contoh,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 May 2019

Tak Terkesan Dengan Komen Netizen, Scha Alyahya Buang Sifat Baran!

Ibu kepada Lara Alana ini juga mengingatkan netizen di luar sana bahawa selebriti juga manusia biasa yang memiliki perasaan sedih.

Hiburan Mon, 24 Nov 2025

Wajah Kamal Adli Didakwa Kelihatan Sugul, Netizen Luah Rasa Simpati – “Muka Dia Nampak Banyak Pendam Benda”

Pelakon, Kamal Adli mencuri tumpuan ramai selepas tular sebuah video di platform TikTok memaparkan wajahnya yang kelihatan ‘sugul’. Menerusi video dikongsikan oleh pengeluar produk makanan sejuk beku, Pak Mat Western, riak wajah Kamal yang sedang […]

Trending Sat, 26 May 2018

Jenazah Nur Alya Selamat Dikebumi

Bapa Allahyarham, Hairi Jamil, 45, dilihat sugul dan menahan sebak ketika melihat jenazah anak sulungnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Chaleeda Gilbert Lakar Nama di Malaysia

Rocketfuel Entertainment, Chaleeda Gilbert, optimis memulakan langkah menerusi single, Mind Over Matter ciptaan penyanyi rap, SonaOne.

Featured Thu, 26 Mar 2020
Hiburan Thu, 14 Dec 2023
error: Content is protected !!