Categories: HiburanTrending

“Dia Terima Seadanya Walaupun Saya Lebih Tua” – Jarak 7 Tahun Bukan Penghalang Cinta Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana menyenangi sikap suaminya, pelakon Yusuf Bahrin yang sopan santun dan matang.

Selamat dinikahkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju pada jam 10.40 pagi tadi, jarak usia tujuh tahun juga tidak menghalang untuk mereka menjalinkan hubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumaat Lepas Baru Dapat Tarikh & Lokasi Nikah” – Zizi Kirana Selamat Bergelar Isteri Yusuf Bahrin

“Kami hanya berkenalan selama dua bulan dan Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. 29 Ogos lalu kami bertunang secara virtual. Saya senang dengan Yusuf kerana dia merupakan seorang lelaki yang sopan dan matang berbanding usianya.

“Yusuf menerima saya seadanya walaupun saya lebih tua daripada dia. Saya tak rasa kekok dan janggal dengan Yusuf biarpun dia lebih muda. Lagipun saya kan suka lelaki yang lebih muda, saya suka anak ikan,” seloroh Zizi.

Bercakap soal cahaya mata, mereka menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

“Soal anak, kami tak meletakkan sebarang sasaran. Kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat, kami terima. Kami serahkan kepada Allah sahaja.

“Sejujurnya, saya merancang nak kahwin pada usia 35 tahun bila ada rumah, ada bisnes. Tetapi ini adalah aturan Allah, hati saya digerakkan untuk berkahwin pada usia sekarang. Kalau ikut karakter pun, saya yang nampak lebih tua berbanding Zizi.

“Jodoh sudah tertulis jadi umur tidak penting. Apa yang penting adalah hati yang ikhlas dan jujur. Saya suka perwatakan Zizi yang sangat bersahaja. Perkara itu membuatkan saya terpikat.

“Zizi seorang yang baik hati dan menghormati orang tua. Cara dia cakap dengan saya pun sangat lembut. Tapi, bila cakap dengan kawan-kawan, caranya macam gangster pula,” kata Yusuf sambil ketawa.

Bercakap soal bulan madu, pasangan ini belum merancang untuk bercuti kerana kerjaya seni masih berjalan seperti biasa namun mereka mempunyai impian untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah apabila sempadan antarabangsa dibuka kelak.

Padin