Hiburan By: Salma Syahbuddin January 17, 2018 @ 5:59am

DICOP PENJENAYAH! IFA RAZIAH BUAT LAPORAN POLIS

Habis sahaja isu Farid Kamil ditahan polis, Kini giliran Ifa Raziah pula. Selepas isu kontroversi Roslan Shah dikatakan mendoakan anak lelaki Ifa Raziah menjadi pondan terbaru, Roslan Shah sekali lagi menuduh Ifa Raziah mengupah pembunuh upahan untuk membunuh dirinya. Disebabkan hal sedemikian, Ifa enggan membiarkan dirinya menjadi mangsa lantas membuat laporan polis.

Menurut Ifa, dia berasa kesal kerana selepas sahaja peristiwa itu, dia ingin menamatkan sahaja isu perbalahan ini dan menunggu Roslan datang kepadanya dan meminta maaf. Namun, apa yang lagi memeranjatkan ialah tuduhan yang dibuat oleh Roslan Shah itu dianggap sebagai sesuatu yang sangat serius kerana membuat laporan palsu terhadap Ifa.

Apapun, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak Ifa Raziah berhubung kes tersebut dan mereka akan mengambil tindakan untuk membersihkan nama Ifa.

“Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir, tetapi nampaknya dia  (Roslan) bertindak semakin melampau apabila dia menuduh saya penjenayah. Dalam laporan dia, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembak dia. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah! Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini? Laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri saya daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya.”

Diharapkan, kes antara Ifa Raziah dan Roslan Shah ini kembali reda memandangkan industri hiburan tanah air kita sangat kecik. Pusing-pusing pun, jumpa orang yang sama juga. Betul tak?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Jul 2022
Featured Thu, 26 Aug 2021
Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Aizat Sedih beraya tanpa Arwah.

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

TECH Mon, 28 May 2018

Instagram Bakal Dedah Ciri Muzik Di Instagram Stories Tak Lama Lagi

Buat anda kaki media sosial Instagram, ini untuk anda – boleh tambah lagu di Instagram Stories

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Super Junior’s Leeteuk Gets Maserati As Present!

Super Junior’s Leeteuk has a new luxury ride!

Automobile Tue, 14 May 2019

Carsome Opens Up More Inspection Centres Around Malaysia

Carsome is Southeast Asia’s largest used car trading platform​.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

| Live TV