Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 9, 2023 @ 9:59am

Didakwa Berlagak, Terlalu Garang, & Tak Nak Dikaitkan Dengan Meerqeen, Anna Jobling Selar Individu Mulut Celupar – “Get A Life!”

Heboh di media sosial berhubung individu menyebarkan dakwaan berbaur fitnah terhadap pelakon jelita, Anna Jobling di media sosial Twitter.

Individu yang dipercayai menggunakan akaun palsu itu memuat naik beberapa ciapan mendakwa Anna seorang selebriti baru yang berlagak, serta terlalu garang.

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mempersoalkan tindakan Anna yang tidak mahu dikaitkan dengan heronya dalam drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen.

Berdasarkan ciapan-ciapannya, difahamkan individu tersebut sepertinya salah seorang peminat Meerqeen dan Anna dari Indonesia.

“Di live TikTok tadi Anna kelihatan banget(sangat) sifat aslinya yang ga (tak) mau kalah, dan garang juga. Ga mau banget dikaitin sama Meme (Meerqeen), bahkan Meme mau join live aja ga mau. Kenapa deh lu Anna, fuck la sifat you yang garang sangat,” tulisnya.

Menerusi ciapan lain, individu tersebut turut mendakwa Anna berlagak kerana disyaki tak membenarkan Meerqeen untuk sertai siaran langsung bersama.

“Selalu annoying bila live tak mau disangkut pautin banget sama Meme, fans akan lebih annoying bila you macam tu lah, arrogant. Terus Meme tak boleh join live nya.. Apaan si lu artis baru kemain berlagak,” tambahnya.

Tidak berdiam diri, Anna tampil membidas ciapan mulut celupar individu tersebut di Twitter miliknya.

“Dah tahu garang, baik diam. Get a life.. At least saya tak sebarkan perkara fitnah mengenai orang yang saya tak kenal,” balasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Sufian Suhaimi Minta Netizen Move On!

Jadi netizen tolong move on okay!

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Terima Kasih Kerana Sudi Membantu Saya !

Te“SAYA terfikir juga, apa yang saya sudah buat sampai orang sanggup nak derma buah pinggang mereka?

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

[VIDEO] Saling Berpelukan, Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat

Fasha Sandha puji Nur Fazura seorang wanita yang kuat

Hiburan Thu, 15 Jan 2026

Kembali Hangatkan Industri Muzik Rock, T-Rex Kembali Dengan EP Baharu

T-Rex Kamikaze kembali menghangatkan arena muzik tempatan!

Trending Sat, 7 Mar 2026

Larrie Anak Malaysia Tampilkan Destinasi Menarik Serta Kekayaan Budaya Tempatan

Mengangkat tema ‘Larrie, Anak Malaysia for Visit Malaysia 2026’, jenama fesyen dan kasut tempatan itu mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Iftar Ramadan 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre

Featured Fri, 18 Jul 2025
error: Content is protected !!