Featured By: Aqilah Paharuzi April 22, 2022 @ 3:29pm

Didakwa Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mengaku Tidak Bersalah – “Doakan Kekuatan Saya”

Penyanyi terkenal, Radhi OAG mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isteri pada perbicaraan di Mahkamah Majistret.

Pengakuan kenytaan berikut dibuat oleh Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45 dihadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Peguam Haziq Aizuddin Subhi yang mewakili Radhi berkata, perbicaraan pada hari ini merupakan satu pengurusan kes dakwaan dan vokalis juga telah diikat jamin.

“Serahan dokumen masih belum diterima dan kita akan tunggu pada 13 Julai ini. Setakat ini kami tidak boleh beri komen lanjut,” katanya.

Sementara itu, Radhi yang memohon doa orang ramai tampak tenang memberitahu dia menyerahkan sepenuhnya kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

“Alhamdulillah.. Doakan kekuatan saya. Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan tugas.

“Insya-Allah, semoga Allah pelihara keselamatan saya. Amin,” katanya.

Mahkamah membenarkan ikat jamin berjumlah RM2,500 dengan seorang penjamin dan meletakkan syarat tidak mengganggu bekas isteri.

Terdahulu, penyanyi lagu Slumber itu direman selama dua hari bermula 20 April bagi membantu siasatan yang melibatkan kes keganasan rumah tangga antara bekas isterinya, Ayu Shaira di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumka tertuduh pada ketika itu mahu mengambil anak lelakinya daripada bekas isteri di kawasan parkir rumah pada jam 2.29 petang.

Namun, perselisihan fahaman berlaku apabila mangsa dikatakan enggan mengambil gambar bersama suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017, jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Untuk rekod, Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014, namun berpisah pada 16 Julai 2019.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Aisyah dan Muhammad yang kini masing-masing berusia tujuh dan enam tahun.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Radhi OAG Buat Laporan Polis, Bimbang Dipukul Lagi – “Dia Bertindak Kasar Selepas Saya Tak Nak Ambil Gambar Selfie”

Sumber: Berita Harian/Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

TAKKANLAH SAMPAI TERPESONG KOT? – AERIL ZAFREL

Kepada netizen mahupun keyboard warrior diluar sana, janganlah terlalu menghukum, ambil gambar bersama pokok krismas pada zaman ni kan normal? takkanlah sampai terpesong kot?

Hiburan Sat, 1 Oct 2022
Trending Tue, 7 Aug 2018

Nazrin Hassan’s Death Now Classified as Murder Case

The Fire and Rescue Department’s report showed that there’s foul play involved.

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Pergh! Tak Sangka Suara Fatin Afeefa Power Macam Ni

Tak sangka suara Fatin Afeefa sedap macam ni?

Selebriti Sun, 1 May 2022
Trending Fri, 30 Nov 2018

Syed Saddiq Tersenarai Dalam Top 20 Belia Yang Paling Berpengaruh Di Dunia Untuk 2018

Anda setuju dengan pemilihan yang dibuat oleh platform global Apolitical ini?

error: Content is protected !!