Featured By: Atiqah Johari April 19, 2023 @ 3:58pm

Digelar ‘Presiden’ Suami Curang, Ini Respons Shuk Sahar!

Sebuah portal hiburan memuat naik beberapa foto selebriti lelaki yang terpalit dengan kontroversi rumah tangga akibat perlakuan curang.

Malah, portal tersebut turut mencipta satu kelab khas yang diberi nama ‘Satu Tak Cukup’ dan memberi jawatan kepada selebriti terbabit iaitu Shuk Sahar (Presiden), Syamsul Yusof (Ahli Lama), Hafidz Roshdi (Ahli Lama) dan terbaharu pempengaruh TikTok, View Chin (Ahli Baru).

Tambah, gambar selebriti yang digunakan portal tersebut memaparkan mereka menunjukkan simbol jari telunjuk yang membawa pelbagai maksud.

Lebih menarik, Shuk yang digelar sebagai presiden memuat naik semula hantaran tersebut.

Tidak cepat melatah dengan gelaran yang diberikan, Shuk menyatakan bahawa dia kini telah bersara.

“Maaf saya dah bersara,” tulis Shuk ringkas.

Walaubagaimanapun, kisah silam Shuk masih menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet sehingga ada yang menyindirnya untuk mengajar cara untuk berlaku curang.

Artikel Berkaitan: “Ajar Aku Macam Mana Nak Curang” – Dapat Soalan Mengundang! Ini Jawapan Shuk Sahar

Untuk makluman, Shuk dan Rossa Sera sah bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas pulang daripada mengerjakan umrah bersama.

Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Artikel Berkaitan: Selepas Pulang Umrah Bersama, Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai

Artikel Berkaitan: Rossa Sera Dilabel S*ndal, Individu Dakwa Shuk Sahar, Fara Salleh Tinggal Sebumbung?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rossa Sera Wish Birthday Shuk Sahar, Netizen Komen: “Sekejap Lagi Meroyanlah Si Gila B*bi Tu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 18 Jun 2022

“Lepaih Ni Turn Depa Pulak” – Tayang Bakal Menantu? Cantiknya Kekasih Anak Che Ta!

Sama cantik sama padan min tengok depa ni 😍 Mak mentua dengan bakal menantu pun segak kemain nampak seiras pulak tu 🥰

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Events Mon, 29 Aug 2022

#JusticeForBella: Doktor Perjelas Kesan Lecur Dikedua Tangan Bella Berpunca Dari Tumpahan Air Panas

Kes perbicaraan remaja sindrom down yang dikenali sebagai Bella kembali berlangsung setelah dihentikan seketika pada 22 Julai lalu. Namun kali ini, Mahkamah Seksyen dimaklumkan bahawa kesan lecur yang terdapat pada tangan Bella adalah disebabkan berpunca […]

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Trending Tue, 27 Feb 2018

Belanja Lebih RM2,000 Untuk Merasai Hidangan Pelik

Logik tak logik tetapi inilah yang berlaku dimana pasangan ini sanggup membelanjakan RM2,000 ungtuk merasai hidangan pelik di sebuah restoran antara terbaik di dunia

Featured Wed, 22 Sep 2021