Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 22, 2021 @ 3:38pm

“Beri Peluang Kepada Yang Lebih Layak”-Kurang Berlakon Punca Remy Ishak Tarik Diri ABPBH 34

Selepas berita penarikan diri pelakon Zul Ariffin daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH 34), kini giliran Remy Ishak pula mengambil tindakan sama.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda ini, keputusan diambil adalah disebabkan produk filem dan dramanya kurang pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarik Diri Dari ABPBH 34, Zul Ariffin Akui Tiada Kaitan Dengan Hijrah

Berita mengenai penarikan diri daripada ABPBH 34 ini dikongsi Remy menerusi hantaran di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Saya telah memakalumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH 34.

“Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang. Saya berpendapat peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong saya,” tulisnya.

Untuk rekod, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, tercalon bagi kategori Pelakon Drama Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular untuk #ABPBH34 yang berlangsung pada 13 November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Hanya Sekali Lafaz, Remy Ishak & Ezza Yusof Selamat Disatukan

ARTIKEL BERKAITAN : “Tempoh 8 Tahun Adalah Fasa Yang Panjang Untuk Tahu Yang She’s The One” – Remy Ishak Bongkar Peribadi Bakal Isteri

ARTIKEL BERKAITAN : Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujang Sabtu Ini

ARTIKEL BERKAITAN : Remy Ishak Bawa Diri?

ARTIKEL BERKAITAN : Netizen Gempar Bila Remy Ishak Padam Semua Gambar Di IG

ARTIKEL BERKAITAN : Takziah, Remy Ishak Kehilangan Ayah Tersayang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 9 Aug 2019

筹备三年!黄彩菱首发EP勇闯华语乐坛

从小受英语教育的Natalia黄彩菱努力筹备了三年,终於正式推出首张个人EP 《I Dare You To》勇闯华语乐坛。

Featured Fri, 31 May 2024

“Saya & Suami Tak Pernah Duduk Berbincang Untuk Pemilihan Watak” – Amyra Rosli

Bagus lah kan, professional dengan kerjaya masing-masing

Trending Mon, 25 Feb 2019

Isu sekumpulan babi dibakar secara kejam di Thailand! Siapa yang harus dipersalahkan?

Video rakaman yang berdurasi selama 3 minit  ini menunjukkan sekumpulan haiwan ini  dirodok dengan kejam oleh sebuah jentolak. 

Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Kenapa Bapa Lega Zahirah Putus Cinta?

Tambah Zainol, “ Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Nak Simpan…Simpanlah, Saya Dah Move On – Zul Ariffin

“ Saya tak mahu tuduh sesiapa dalam hal ini. Apapun, saya sudah ‘move on’ (lupakan) dengan isu itu dan mahu lebih fokus kepada kerja. Baguslah kalau begitu, fokus kepada benda lebih berfaedah!

error: Content is protected !!