Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 20, 2021 @ 4:00pm

“Tempoh 8 Tahun Adalah Fasa Yang Panjang Untuk Tahu Yang She’s The One” – Remy Ishak Bongkar Peribadi Bakal Isteri

Pastinya tempoh 8 tahun adalah jangka waktu yang lama untuk seseorang mengenali hati budi pasangannya. Begitu juga dengan teraju utama filem Pulang, Remy Ishak.

Berkongsi peribadi atau ciri -ciri yang dimiliki bakal suri hatinya, Ezza Yusof, Remy mengakui Ezza merupakan seorang yang cukup memahami dan mengenali dirinya sebagai seorang selebriti mahupun sebagai pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak.

Malah, sepanjang tempoh perkenalan ini juga Ezza sentiasa ada disisinya tidak kiralah ketika gembira mahupun bersedih.

“Saya selalu cakap pada diri bahawa saya perlukan seorang yang memahami dan mengenali diri saya. Bukan hanya kenal sebagai Remy Ishak tapi Zalimie Ishak. Jadi sepanjang mengenali dia, sudah tentu ada pahit manis. Macam-macam berlaku dalam hubungan kami”

“Saya nampak Ezza adalah wanita yang setia. Dia sentiasa ada di sisi dalam waktu jatuh dan bangun, sakit saya, suka dan duka saya. Sepanjang tempoh lapan tahun kami sama-sama saling mengenali dan semakin memahami, kerana itu saya yakin dia adalah wanita yang tepat untuk saya” katanya.

“Dia selalu ingin menjadi lebih baik dan itu yang saya perlukan…”

Mengakui sebelum ini Remy pernah mengenali hati budi orang lain namun, keserasian itu hanya ada pada bakal isterinya.

“So, 8 tahun dia ambil masa untuk faham perjalanan karier saya sebagai seorang artis begitu juga saya yang cuba faham kerjaya dia. Cemburu itu memang ada. Tapi, untuk saya menerangkan kepada Ezza apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan inilah prosesnya.

“Dan saya respect dia, sebab dia selalu ingin berubah menjadi lebih baik dan itu sebenarnya yang saya perlukan”

Trauma dengan perceraian

Remy Ishak, 39, juga memaklumkan bahawa soal memilih pasangan hidup adalah perlu kerana pasangan itu bukan sahaja mencerminkan peribadi kita sebagai seorang suami malah, dia juga merupakan teman sehidup semati.

“Bagi saya perceraian itu trauma buat saya kerana, ibu dan ayah saya pun berpisah. Jadi saya harus teliti”

” Dan, saya mahu perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat saya” jelasnya.

Dalam pada itu, Remy sempat berkongsi mengenai majlis pernikahannya yang berlangsung esok. Menurutnya, hanya tiga pihak sahaja yang akan terlibat iaitu, wali, pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Bagaimanapun, beliau bersyukur akhirnya perancangan untuk mendirikan rumah tangga tercapai walaupun tiada sebarang majlis diadakan.

Remy juga meminta semua peminat mendoakan agar segala urusan pernikahannya esok dipermudahkan.

Terdahulu, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka terputus pada 2019.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujang Sabtu Ini

ARTIKEL BERKAITAN : Remy Ishak Bawa Diri?

ARTIKEL BERKAITAN : Netizen Gempar Bila Remy Ishak Padam Semua Gambar Di IG

ARTIKEL BERKAITAN : Takziah, Remy Ishak Kehilangan Ayah Tersayang…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 May 2019

Farid Kamil Dipenjara Sembilan Bulan

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari selepas didapati bersalah mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas […]

Trending Mon, 20 Aug 2018

Atlet Taekwondo Yap Khim Wen Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia. Tahniah!

Kejayaan Khim Wen menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia sejak gandingan Lee Pei Fen dan Lee Wan Yuen merangkul gangsa dalam acara kyorugi wanita pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Tue, 13 Aug 2024

“Ustaz Tak Bersalah, Dia Hanya Ikut Arahan Untuk Lepaskan Saya” – Nora Ariffin

Alamak, suami Nora Ariffin terima arahan daripada siapa tu?

Trending Wed, 4 Jul 2018

‘Fikirkan Pengorbanan Ayah Saya…’ – Anak Perempuan Najib Razak

Yana Najib anak kepada bekas perdana menteri Malaysia telah memuatnaik pandangannya mengenai Najib Razak, menyeru rakyat Malaysia untuk mengenang jasanya……

error: Content is protected !!