Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2021 @ 2:35pm

Dengan Hanya Sekali Lafaz, Remy Ishak & Ezza Yusof Selamat Disatukan

Pelakon popular tanah air, Remy Ishak, 39, selamat disatukan  bersama pilihan hatinya Ezza Yusof,38, sebentar tadi di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Dimaklumkan, pasangan ini diijabkabulkan oleh abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof.

Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin kepada teraju utama filem  Pulang ini.

Selain itu, sesi pernikahan ini adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI). Malah, ia hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan sahaja.

Pada Majlis ini juga, Remy dan isteri mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, dan turut ditatarias oleh juru make up Chomel dan Adik Wan serta penata gaya oleh Tym Fatimah.

Menurut Remy Ishak, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar.

“Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami & isteri, mohon mendoakan kebaikan
dan kesejahteraan buat kami berdua”katanya.

Apapun, tahniah Xtra ucapkan buat kedua-dua pangan sedondon ini!

ARTIKEL BERKAITAN : “Tempoh 8 Tahun Adalah Fasa Yang Panjang Untuk Tahu Yang She’s The One” – Remy Ishak Bongkar Peribadi Bakal Isteri

ARTIKEL BERKAITAN : Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujang Sabtu Ini

ARTIKEL BERKAITAN : Remy Ishak Bawa Diri?

ARTIKEL BERKAITAN : Netizen Gempar Bila Remy Ishak Padam Semua Gambar Di IG

ARTIKEL BERKAITAN : Takziah, Remy Ishak Kehilangan Ayah Tersayang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 May 2018

Wow! Shah Rukh Khan Titip Pesan Buat ‘Kekasih’

Bertuah kamu mempunyai bapa yang sangat penyayang. Selamat Hari Jadi Abram, we love you!

Featured Fri, 16 Dec 2022
Trending Sat, 20 Feb 2021

PdPR Menerusi DidikTV, Adakah Ia Membantu? Ini Komen Guru-Guru

DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan inisiatif yang baik dalam sistem pendidikan negara dan berfungsi sebagai platform penting bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Program pendidikan maya melangkaui bilik darjah menerusi DidiKTV KPM ini juga […]

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

‘Jangan Bosan Dengan Kedatangan Saya Ke Sini’- Tulus

Saya akan membawakan rangkaian lagu popularnya seperti Gajah, Pamit, Sewindu, Monokrom dan banyak lagi dengan iringan 21 pemuzik.

Trending Tue, 14 Jan 2020

Polis Trafik Eskot Berlanggar Dengan Kereta Pengiring Raja Puan Besar Perak

Satu kemalangan langar belakang melibatkan anggota BSPTD dengan kereta pengiring Raja Puan Besar Perak di lampu isyarat Lawan Kuda Kampar, Perak. Kejadian berlaku ketika penugasan eskot Raja Puan Besar Perak sempena program lawatan ke Makam […]

Featured Sat, 24 May 2025
Featured Tue, 7 Dec 2021

Kekal Menjaga Aurat ketika Bercuti, Netizen Akui Kagum Dengan Zizi Kirana

Cantik je bila menutup aurat kan…. terpancar Nur tu ♡

error: Content is protected !!