Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 1, 2019 @ 6:30pm

‘Jangan Bosan Dengan Kedatangan Saya Ke Sini’- Tulus

Bakal mengadakan konsert buat kali kedua di Kuala Lumpur, penyanyi Tulus berharap agar kedatangan kali ini tidak membuat peminat di sini jemu.

Kata Tulus ketika ditemui di sidang media Tulus Sewindu Tour di Hotel Alila Bangsar hari ini, dia meletakkan harapan tinggi agar kejayaan konsert pada tahun lalu dapat berulang lagi.

” Kalau di Indonesia saya mungkin sering jelajah ke banyak daerah tetapi di Malaysia mungkin tidak sekerap di sana.

” Besar harapan saya agar pendengar di Malaysia tidak bosan dengan kehadiran saya bulan depan dan untuk tahun seterusnya,” katanya kepada Xtra.

Menurut penyanyi kelahiran Sumatera Barat ini juga memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi meraikan ulang tahun kelapan pembabitan dalam seni suara.

Jika konsert pertamanya di Malaysia diadakan di Istana Budaya, September tahun lalu, kali ini Tulus memilih Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai lokasi persembahan.

Bakal berlangsung selama dua jam mulai 8.30 malam, konsert jelajah Tulus Sewindu Tour – Kuala Lumpur itu dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan Tulus Company.

” Saya akan membawakan rangkaian lagu popularnya seperti Gajah, Pamit, Sewindu, Monokrom dan banyak lagi dengan iringan 21 pemuzik,” katanya.

Bagi peminat yang tidak mahu ketinggalan berhibur bersamanya, mereka boleh mendapatkan tiket yang dijual pada harga RM160 hingga RM860 di www.myticket.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022
Hiburan Fri, 27 Sep 2019

True Caller Membantu Untuk Ketahui Scam Atau Tidak?

Di dada akhbar dan muka depan laman berita kini penuh dengan laporan penipuan Macau Scam. Ramai individu kehilangan wang simpanan bernilai jutaan ringgit kerana menjadi mangsa. Di dalam dunia penuh penipuan, tiba masanya teknologi digunakan untuk […]

Hiburan Fri, 21 Jul 2023

Tahniah! Anne Ngasri Dikurniakan Darjah Kebesaran KMN

Wahh tahniah Datin Anne! Terima kasih atas jasa dan baktimu 🙏🏼

Featured Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Kontroversi Rekaan Samping Tak Jejaskan Jualan Elrah, El Azman Berjaya Raih RM250 Juta Sebelum Syawal

Kontroversi samping tidak memberi kesan terhadap jualan produk El Azman.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

‘Tak Taulah Awak Kenal Saya Ke Tak, Tapi Awak Datang Ke Kerusi Saya…’ PU Amin Tegur Ben Ladin?

Difahamkan, kedua selebriti ini bertemu di sebuah acara anjuran stesen televisyen sebelum ini.

error: Content is protected !!