Dijangka Bersalin Bila-Bila Masa, Nubhan Tetap Mahu Isteri Hadir Ke Pelancaran MV Selamat Jalan, Cinta!

Penyanyi Nubhan Ahmad bakal melancarkan single terbaharunya berjudul, Selamat Jalan Cinta pada petang ini.

Apa yang menarik, Nubhan menerusi laman Instagramnya memaklumkan dia berharap isterinya, Afifah Hidayah Taufek yang kini sedang sarat hamil perlu berada di majlis itu nanti. 

“ Kejam ke saya? Saya harap isteri saya bersalin lusa ataupun lepas launching mv “Selamat Jalan Cinta” sebab dia dijangka bersalin bila-bila masa sahaja.

“ Sorry @fie_tawfek dah x boleh tunda sebab I betul-betul nak you dan Aafiya ada di pelancaran mv single terbaru i. Jangan you bersalin masa I tengah perform sudah. You tahu betapa pentingnya you and anak I utk sentiasa ada disisi I,” katanya.

Penyanyi berusia 30 tahun itu turut berjanji akan setia menemani isterinya ketika melahirkan anak kedua mereka nanti.

“ Sekarang you teman I, I janji jadi tukang sorak you masa di labour room dan janji curi-curi bagi coklat jugak socay baby…I ada big surprise after you deliver…so tenang-tenang aje yeee,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 29 Ogos 2015 di Seremban dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aafiya Kamilia.

SGMS Faida