Dikecam Gara-Gara Ulas Isu ‘Hot Daddy’, Ini Respons Erma Fatima – “Takkan Tak Boleh Tegur Kalau Benda Salah?”

Pengarah dan penerbit Erma Fatima tampil memberikan respons selepas dikecam netizen gara-gara memberikan ulasan tentang gelaran pelakon terhadap pempengaruh yang dikenali sebagai ‘hot daddy’.

Menurut Erma, gelaran itu tidak sesuai diberikan kepada pempengaruh itu kerana mampu mencemarkan tanggapan orang terhadap industri seni tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Iklan Persundalan, Erma Fatima Kesal Gelaran ‘Pelakon’ Diberikan Kepada ‘Hot Daddy’ 

Namun, dirinya kurang bersetuju apabila orang ramai membidas semula teguran itu dengan khilafnya yang pernah menerbitkan drama yang mempunyai aksi yang melampau.

“Takkanlah tak boleh tegur kalau benda salah. Janganlah kerana saya tegur benda yang salah, nak cari balik salah saya yang tak salah?

“Bukanlah saya nak kata aksi tu tak salah. Takkanlah benda yang tak betul kita nak reda je apatah lagi benda tu melibatkan industri saya.

“Bila saya ditegur dalam drama tersebut, kita tidak melenting pun. Apa yang ditegur tu kita anggap betul dan selayaknya ditegur. Malah, saya pun tidak bersetuju dengan aksi itu,” katanya.

Sekadar info, sebelum ini drama terbitan Erma mula menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet selepas Zul Ariffin berkongsi video babak panas lakonannya menerusi drama Lelaki Itu sebelum ditayangkan.

Bagaimana pun, Erma turut menyatakan hubungannya dengan pelakon itu baik-baik sahaja dan tidak ada sebarang pergaduhan.

Malah, Erma turut menyatakan dia sangat terbuka untuk bekerjasama kembali dengan pelakon itu sekiranya ada watak yang sesuai.

“Tidak ada berlaku pergaduhan di antara saya dan dia pun. Saya masih sayang dia sebagai pelakon yang berbakat. Sebelum ini pun saya tidak begitu rapat dengan dia. Kami hanya bekerjasama dalam satu produksi.

“Sehingga hari ini, saya merasakan tiada istilah pergaduhan di antara saya dan dia. Bagi saya, bakat itu lebih besar daripada kesilapan yang kecil itu.

“Kalau ada watak yang bersesuaian, apa salahnya? tinggal dia nak atau tidak je. Untuk bekerja, memang saya buka pintu seluas-luasnya kepada pelakon-pelakon yang berbakat,” jelasnya.

Sumber: Melodi

Fatin Nurain