Anak Aliff Syukri Terhantuk Bucu Tangga Tajam, Kepala Berlubang Sampai Darah Pancut Keluar! – “Hampir Kena Bahagian Tulang…”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan situasi cemas apabila puterinya, Raudah mengalami kecederaan terhantuk di bucu tangga yang tajam sehingga kepalanya berlubang.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh Aliff Syukri menerusi satu perkongsian video di Instagram miliknya, sebentar tadi.

Jelas Aliff, dia mengambil video bagi tujuan merakam momen anak-anaknya menyambut kepulangan kerja, namun keadaan menjadi satu tragedi ngeri apabila isterinya, Datin Shahida menjerit ketika sedang memasak.

“Nak dijadikan cerita ketika saya nak balik kerja saya memang suka rekod video sebab nak tengok moment anak-anak datang dan berlari memeluk saya balik kerja.

“Tetapi jadi sebaliknya..saya terkejut tengah-tengah rekod wife saya menjerit ketika masak… Dia menjerit bagi tahu kepaa Raudah berlubang kena bucu tangga tajam…,” jelasnya.

Mengulas lebih lanjut, Aliff berkata banyak darah berlumuran keluar seperti air pancut dek kepala anaknya yang berlubang itu, namun bersyukur kecederaan itu tidak terkena bahagian mata.

“Air darah terpancut-pancut macam air paip.. nasib baik tak. kena mata.

“Masa tu lintang pukang…saya lari.. Kami bawa ke hospital, waktu tu Allah saja tahu betapa takutnya saya,” katanya.

Lebih mengerikan, doktor yang merawat Raudah memaklumkan kecederaan anak kecil itu hampir terkena di bahagian tulang kepala.

Insiden ngeri yang terjadi itu membuatkan Aliff membatalkan hasratnya untuk merakam single raya pada malam kejadian tersebut.

“Dr. cakap kulit kepala dan juga daging sudah kena dan hampir terkena dekat tulang kepala..

“Terus saya hentikan hasrat untuk rekod lagu raya sebab sepatutnya malam tu ada recording lagu tapi tidak jadi. Kenapa ek jadi semua ni?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa Raudah.

Namun begitu, ada pula segelintir netizen yang berharap agar Aliff memandang insiden tersebut sebagai satu petanda untuknya tidak merakam lagu raya.


Artikel Berkaitan: “Apa Masalah Kau! Bukan Aku Suruh Dia Selak Kain”- Aliff Syukri Tegur Netizen Isu Tak Puas Hati Ambil Ira Kazar Jadi Model

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Insiden Tarik Rambut & Saman Malu RM100 Juta, Ini Respons Aliff Syukri -“Kau Ingat Mahkamah B*doh Ke?”

Aqilah Paharuzi