Dikejarkan Ke Hospital, Ummi Nazeera Mohon Doa Peminat

Menerusi perkongsian pengacara dan pelakon yang pernah terkenal melalui drama bersiri Nur Kasih terbitan TV3 ini, Ummi Nazeera dilihat telah memuat naik melalui akaun instagram miliknya beberapa hari yang lalu, bahawa dirinya telah dikejarkan ke hospital selepas pulang berhari raya pada 21 Jun yang lalu. 

Justeru itu, Ummi memohon doa daripada peminat-peminat beliau agar mendoakan kesihatan dirinya dan juga bayi dalam kandungan.

 

Sumber : Instagram @umminazeera

Terbaru, melalui instastory miliknya Ummi dikhabarkan telah berada dirumah bagi menjalani istirehat secukupnya.

Apapun, kepada semua peminat dan followers Ummi Nazeera, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi okay!

Salma Syahbuddin