Wow! Beg Jenama Bijan Mula Jadi Sebutan Netizen

Wow! Susulan beberapa beg tangan mewah berjenama Bijan yang dirampas daripada di kediaman dikaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, jenama Bijan kini mula disebut-sebut di media sosial.

Dalam satu sidang media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, beliau ada menyebut jenama berkenaan merupakan jenama yang paling mahal dirampas.

“Bagaimana ejaan beg tersebut?” demikian tanya seorang wartawan pada sesi soal jawab selepas sidang akhbar itu.

Amar Singh bagaimanapun mengeja nama beg tangan tersebut sambil tersenyum.

“Sebentar… sebentar. Beg ini tidak ada di pasaran, ia ‘custom made’ dan beg mahal,” katanya.

Mengulas mengenai nilai beg tangan yang dirampas dari enam lokasi penggeledahan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu, Amar Singh berkata ia berjumlah sebanyak RM51.3 juta.

“Ia melibatkan sebanyak 567 beg tangan dari lebih 37 jenama. Antaranya adalah jenama Hermes, Prada, Channel dan Bijan,” ujar Amar Singh.

Mengikut carian di Google, jenama Bijan diasaskan oleh Bijan Pakzad, pereka kelahiran Iran dan butiknya terdapat di Amerika Syarikat. 

Barangan mewah di butiknya dikenali House of Bijan itu mempunyai koleksi minyak wangi paling mahal di dunia, kasut, beg tangan dan jam tangan. 

Difahamkan harga bag jenama Bijan bermula daripada USD 25,000 (RM100,780).

Pelanggan House of Bijan dikatakan adalah bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner dan Raja Monaco, Putera Rainer. – K! ONLINE.

SGMS Faida