Gambar David-Victoria Lenyapkan Kontroversi Cerai

Sehari selepas ikon fesyen Victoria Beckham menafikan gosip beliau dan suami, David Beckham bakal bercerai, wanita cantik ini menghadiri Minggu Fesyen Paris ditemani anak sulungnya, Brooklyn Beckham.

Tulis Victoria di laman Instagram, “Terima kasih Brooklyn kerana menjadi teman saya hari ini,”

Ibu hot kepada tiga lagi cahaya mata iaitu Romeo, 15, Cruz, 13, dan Harper, 6, menggayakan blaus berwarna biru dipadankan dengan seluar merah manakala Brooklyn tampil dengan gaya streetwear pada acara itu.

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari pertunjukan Minggu Fesyen Paris itu berlangsung, bekas anggota kumpulan Spice Girls ini memuat naik gambar bersama suami, David Beckham.

Nampaknya, desas desus mengatakan pasangan ini bakal bercerai hanyalah khabar angin. Baguslah macam tu, David dan Victoria kan antara pasangan paling berpengaruh di dunia. Semoga bahagia menjadi milik kalian selamanya ya!

SGMS Faida