Categories: Eat Travel

Ini Resipi Terbaik Untuk Biskut Cip Coklat Yang Kenyal Bila Digigit, Anda Gerenti Terliur!

Tua atau muda, boleh dikatakan semua orang suka makan biskut cip coklat. Adunan dohnya memang dah sedap tapi biskut ini lebih menyelerakan dengan adanya kepingan cip coklat di dalam ya. 

Jenama popular Chipsmore menjual variasi biskut cip coklat yang kering dan sedikit keras. Memang betul macam biskutlah.

Sedap memang sedap, tapi ada variasi lain di mana biskut ini lebih kenyal dan lembut bila digigit. Ini juga membuatkan kepingan coklat di dalam doh biskut itu untuk cair, jadi setiap gigitan anda memang penuh dengan nikmat. Fuuuh… 

Anda pun boleh cuba buat biskut cip coklat yang chewy dan gooey seperti ini! Jom cuba resipi di bawah ini. 

Bahan-bahannya:

  • ½ cawan gula
  • ¾ cawan gula perang, mampat
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ cawan mentega, dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1 ¼ cawan tepung serbaguna
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 auns kepingan milk chocolate
  • 4 auns kepingan dark chocolate (optional)

Cara-caranya:

1. Panaskan oven ke 180 darjah Celcius.

2. Di dalam mangkuk besar, masukkan gula, garam dan mentega dan whisk hingga menjadi pes yang tiada ketulan.

3. Masukkan telur dan vanila dan teruskan whisk hingga lembut seperti reben (rujuk video di bawah).

4. Tapiskan tepung dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk yang sama, dan kemudian gaulkan dengan spatula. Awas! Jangan kacau terlalu kerap, kerana ia akan menyebabkan kandungan gluten di dalam tepung untuk mengeras. Nanti biskut anda menjadi kering pula.

5. Gaulkan sekali kepingan coklat ke dalam campuran tadi dengan rata, dan biarkan doh tersebut sejuk selama 30 minit. Untuk mendapatkan rasa seperti toffee dan warna yang lebih gelap, sejukkan doh di dalam peti ais semalaman (cover dulu mangkuk anda dengan plastic wrap). Lagi lama doh tersebut disejukkan, lagi kompleks rasanya.

6. Cedok doh dengan sudu scoop ais krim dan letakkan ke atas loyang (lapikkannya dengan kertas minyak dulu, ya!). Pastikan ada ruang sebanyak 4 inci di sekeliling setiap gumpalan doh, dan 2 inci dari bahagian tepi loyang.

7. Bakar selama 12 ke 15 minit atau hingga bahagian tepi doh (sekarang dah jadi biskutlah!) menjadi warna keperangan. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum makan.

Enjoy!

Sumber: Tasty

Ad Ops