Hiburan By: Syamir Shafie November 20, 2023 @ 8:31pm

Diketawakan Sejak Kecil… Jelly Belly Nekad Turunkan Berat Badan Secara Sihat – “Pernah Terfikir Nak Potong Usus Tapi…”

Bintang TikTok dan penyanyi baharu, Jelly Belly memberitahu sedang berusaha menurunkan berat badan secara sihat demi menempatkan diri dalam industri.

Jelly berkata, dia meluahkan rasa bimbang untuk bersaing dengan industri nyanyian tanah air gara-gara tubuhnya yang agak berisi.

Akui sudah lali berdepan kecaman badan ‘body shaming’ sejak di bangku sekolah, dia kini nekad untuk mengikuti kursus kecergasan serta mengawal pemakanan demi mendapatkan berat badan ideal.

“Saya nak kuruskan badan sikit. Saya ada ambil training dan jaga pemakanan. Irang yang berisi ni susah nak dapat tempat dalam industri. Jadi saya perlu turunkan berat badan agar kelihatan lebih baik,” katanya kepada XTRA.

Sungguhpun pernah terlintas di fikirannya untuk mengambil jalan singkat dengan mendapatkan rawatan potong usus, pempengaruh dengan 235,600 pengikut di TikTok itu berasa takut untuk menanggung kesan sampingan kelak.

“Ada pihak offer untuk potong usus…tapi saya tolak. Terfikir nak potong usus tapi saya risau dengan side effect nanti. Orang cakap pernafasan jadi pendek. Jadi saya pilih untuk kurus secara sihat sahaja,” jelasnya.

Jelly yang berlatarbelakangkan pendidikan tahfiz itu mendedahkan dia pernah disuruh untuk melakukan sesuatu gimik bagi mencetuskan kontroversi.

Meskipun berupaya melonjakkan namanya, dia tegas dengan pendirian untuk menolak sebarang publisiti murahan.

Pemenang tempat ketiga pertandingan nyanyian peringkat global Gimme The Mic itu hanya mempertaruhkan bakat dan kemampuan dirinya sendiri dan menyifatkan gimik itu sebagai perkara yang tidak bagus kerana boleh mencemarkan imejnya.

“Saya tak suka gimik dan kontroversi. Saya banyak peminat dan tak sampai hati nak tipu peminat saya yang telah banyak berbuat baik kepada saya, saya juga fikirkan nama baik keluarga,” katanya lagi.

Jelly ditemui XTRA usai Majlis Pelancaran Single ‘Asmara’ di KL Eco City Isnin lalu.

Sebagai pempengaruh yang selalu melakukan kerja-kerja kebajikan dan dikenali dengan imej Islamik, Jelly akur untuk lebih berhati-hati dalam industri serta perlu menjaga batas-batas tertentu.

Sementara itu, bertanya lanjut mengenai dorongan untuk bergelar penyanyi, Jelly memberitahu dia menunaikan impian arwah ibu tercinta yang ingin melihat dia muncul di kaca televisyen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023
Events Tue, 22 Jan 2019
Hiburan Fri, 26 Jul 2019
Hiburan Wed, 14 Jun 2023

“Bagus Suami Saya Apa-Apa Mesti Minta Izin Isteri Dulu” – Anzalna Nasir

Wow terbaik la Hanif! Jarang ada suami nak minta izin isteri nii

Events Fri, 15 Feb 2019
Featured Tue, 26 Oct 2021

Gadis Teruja Pertama Kali Bertemu Teman Lelaki Selepas 11 Bulan Bercinta Dalam PUBG

Permainan video nampaknya semakin popular dalam kalangan anak muda masa kini. Malah, ada yang menjadikan platform permainan video sebagai tempat berkenalan dan bertemu jodoh. Siapa sangka, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @raden.girin ini telah […]

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tiada Hos Utama, Tiga Kategori Baharu Dipertandingkan Antara Kelainan ASK 2018

Acara karpet merah akan dihoskan oleh Aaron Al- Fateh dan Ain Edruce di mana ia akan bersiaran langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9 malam di NTV7. Penonton juga boleh menyaksikan acara ini secara siaran langsung di Facebook ntv7 Malaysia.

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Marsha Ingin Ke Umrah Lagi Kalau Ada Rejeki

Walaupun takut apabila hendak mengerjakan umrah dari pengalaman yang di dengar, ianya tidak mematahkan semangat untuk pergi kali kedua mahupun ketiga

error: Content is protected !!