Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 26, 2024 @ 5:12pm

“Tergamak Mereka Hina Saya” – Dihentam Teruk Dengan Rakan Industri, Shiha Zikir Pernah Hampir Nak B*n*h Diri

Penyanyi Shiha Zikir mendedah pernah terdetik dalam hati untuk menamatkan riwayat hidupnya gara-gara tidak tahan dengan kecaman yang dilemparkan di media sosial.

Memetik laporan Berita Harian, Shiha akui perasaannya ketika itu sangat tertekan sehingga hampir hilang pedoman namun dengan sokongan keluarga menghalangnya melakukan perkara yang bukan-bukan.

Sejak itu, pelantun lagu Irama ini semakin kuat dan matang dalam berdepan situasi yang boleh menjejaskan emosinya.

“Saya pernah cuba mencederakan diri dan terfikir tiada gunanya untuk saya teruskan kehidupan sebab saya tak tahan dengan kecaman.

“Apa dosa saya kepada mereka hingga tergamak hina saya? Kecaman netizen masih boleh diterima, tetapi apabila kata-kata itu datang daripada rakan industri sudah tentu melukakan hati.

“Mereka memandang rendah dan minta saya berdiri depan cermin sambil bertanya apakah saya layak berada dalam industri bersama mereka.

“Saya menangis apabila teringatkan kata-kata menghiris hati ini. Namun, bila merenung semula, saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang menghina saya.

“Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik perbuatan mereka itu. Mereka menjadikan saya lebih kuat dan tabah dalam menghadapi apa sahaja dugaan.

“Saya tidak lagi ‘lembik’ macam dulu. Malah, saya kini lebih tenang dan bersikap rasional terhadap apa sahaja kata negatif netizen terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, namanya hangat diperdebatkan di aplikasi X gara-gara lagunya berjudul Kalam mara ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) serta melabelkan dirinya sebagai artis ‘sendu’.

Namun, Shiha kini mengambil pendekatan untuk tidak melenting dan hanya bersangka baik dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

“Apa yang penting, jaga kesihatan mental. Allah kurniakan rezeki dan saya tak nak sia-siakannya. Saya sekarang lebih kepada berlapang dada dalam menerima kritikan.

“Dulu kalau ada netizen tinggalkan komen bukan-bukan, saya akan balas, tapi kali ini saya biarkan sahaja. Mungkin apa yang mereka katakan ada kebenarannya, jadi saya ambil positif sahaja.

“Sekarang saya hanya nak berbaik dengan semua orang,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 May 2023
Featured Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Akhirnya Impian Tertangguh 2 Tahun Bakal Direalisasikan – Liza Hanim

Siapa yang tak kenal dengan LIza Hanim? Memiliki kekuatan vokal yang mantap meletakkan Liza Hanim berada dalam kelas tersendiri. Walaupun agak lama menyepi, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi […]

Trending Tue, 6 Oct 2020

Wajib Baca! Syarat Kelayakan Permohonan BPN 2.0

Jom check korang layak ke tak!

Hiburan Mon, 25 Nov 2019
Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Fathia sound netizen terlalu backup Zahirah Macwilson, siap dakwa selebriti jelita itu ada bagi ‘duit’ 💆🏻‍♀️

Featured Wed, 17 Dec 2025

Hutang Tak Berbayar Cecah RM51,000… Eric Fuzi Terpaksa ‘Auto Diet’ Gara-Gara Baki Akaun Tinggal RM125.65

Eric secara terbuka meluahkan rasa kecewa apabila wang RM51,000 masih belum dilunaskan.

error: Content is protected !!