Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 6, 2022 @ 5:32pm

Solat Tahajud Pertama Di Makkah, Lisa Surihani Kongsi Detik Awal Mahu Berhijab – “Tak Pernah Lagi Terjadi, Saya Bangun Tengah Malam Terus Ambil Wuduk”

Pelakon terkenal, Datin Lisa Surihani, mendedahkan detik-detik awal penghijrahannya ketika mengerjakan ibadah umrah.

Menurut pelakon filem Ombak Rindu itu, dia mengakui berasa teruja apabila berpeluang menjejaki Tanah Suci buat pertama kali dalam hidupnya.

“Ia berlaku pada bulan Ramadan. Salah seorang abang saya, dengan cara yang amat mudah berkongsi dengan mak saya bahawa dia nak cuba khatam Al-Quran tahun ini.

“Saya tak pernah lagi nak cuba khatam di bulan Ramadan. Di dalam fikiran, dalam hati saya, soalan ini terus bermain. Aspek hijab dalam fikiran saya.

“Jadi apabila saya mula nak baca Quran, saya buka mashaf dan ia terus kepada surah An-Nisa. Saya terkedu.

“Selepas itu, Alhamdulillah dapat rezeki untuk melakukan umrah. Saya tak pernah pergi lagi.

“Bulan yang sama, saya diberitahu Mak Cik saya juga ajak pergi umrah. Dalam perjalanan saya mencari ketika itu, kali pertama saya dapat pergi umrah. Ini sangat menarik,” katanya dalam sebuah program bual bicara bersama Neelofa, baru-baru ini.

Tambah isteri kepada pengarah dan juga penerbit Yusry Abdul Halim itu, dia berkongsi bahawa dia berasa teruja apabila dapat bangun bersolat tahajud dan memberitahu perasaan untuk berhijab sangat kuat sebaik sahaja kembali dari Tanah Suci.

“Di Makkah, selama ini saya tak pernah bersolat tahajud. Tak pernah. Kemudian, pada satu malam ketika di Makkah, saya fikir, saya nak cuba bersolat tahajud. Saya terus ke Google, ‘bagaimana nak solat tahajud’.

“Tapi saya fikir boleh bangun tak? Tak pernah lagi terjadi, saya bangun tengah malam dan saya terus nak ambil wuduk. Tak pernah rasanya. Mungkin sebab kali pertama.

“Pertama kali nak solat tahajud, saya sangat teruja. Saya kata ‘baiklah, bertenang’. Tak apa, Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Kau bantu aku bangun bersolat tahajud. Terima kasih.

“Ketika itu saya berdoa kepada Allah, untuk mencari kejelasan. Perasaan yang sangat kuat yang saya susah nak gambarkan. Ia seolah-olah Allah ada satu jawapan untuk saya.

“Ketika itulah saya putuskan untuk memakai hijab. Dia beri saya kejelasan,” kongsi Lisa.

Lisa yang mula mengenakan hijab pada tahun 2019 itu turut bersyukur dengan perjalanan hijrahnya sehingga kini malah akan memberi lebih fokus dalam mencari ilmu.

“Apabila kita ke sana, hubungan dengan dunia itu menjadi begitu jauh. Namun apabila kita di sana, kita rasa sentiasa nak pergi untuk bantu tabung rohani dalam diri.

“Bila balik, saya boleh rasa perasaan itu. Saya perlu hadapinya. Kita kena hadapi dunia. Saya harus hadapi ujian dan semua rahmat, dan kita kena lalui. Semoga sentiasa beringat dan bersandar kepada Allah.

“Saya rasa sangat bersyukur perjalanan setakat ini, kita semua tahu perjalanan kita tak semestinya mudah. Saya akan focus pada mencari ilmu. Alhamdulillah dipertemukan dengan rakan amat baik, yang tolong saya. Ketika itu juga, setiap hari dengan Quran,” ujarnya.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Mar 2023

“Masa Duduk Flat Adalah Momen Paling Bahagia Saya” – Nurul Shuhada

Ni lah orang kata, bila suami susah ada isteri yang sentiasa beri sokongan,tapi bila suami dah senang lupa segala-galanya😥 Paling tak boleh blah, ringan pula tangan hinggap kat pipi isteri😡

Featured Mon, 19 Aug 2024

“Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

Allahu, begitu respons yang diberikan Datin Patimah Ismail terhadap isu cerai anaknya👀💥

Trending Thu, 9 Apr 2020
Filem Tue, 21 Apr 2026

Makin Laku! Terus Jadi Pilihan, Amir Nafis Kembali Bawa Watak Antagonis Dalam Filem Konspirasi

Amir Nafis bakal tampil dengan filem Konspirasi yang dijadualkan menemui penonton bermula 21 Mei 2026.

Featured Tue, 23 Sep 2025
Events Fri, 1 Feb 2019

Trivia Persembahan AJL Yang Dapat Sorakan Paling Kuat, Lagu Mana Jadi Pilihan Ramai?

Tak sabar nak tengok siapa dapat sorakan paling padu tahun ni! Korang dekat rumah pun boleh join sekali ok?

Trending Mon, 18 Dec 2017

Cikgu Azizan bebas!

Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik

error: Content is protected !!