Euforia Bola 2026
Trending By: Del14 September 26, 2019 @ 1:04pm

President Ukraine dan Idea Whatsapp Group “World Leaders”

Tahukah anda bahawa President Ukraine Volodymyr Zalensky (41) dahulunya adalah seorang pelawak dan penulis skrin sebelum dia dilantik menjadi Presiden di negaranya pada bulan April tahun ini? Baru-baru ini semasa pembentangan rasmi 16th Annual Yalta European Strategy Meeting, beliau telah menggunakan kebolehannya untuk berjenaka itu dengan ketua-ketua negara di dalam satu video ‘imaginary Whatsapp group‘ semasa jamuan makan malam sebagai hiburan malam itu.

Video tersebut menunjukkan satu whatsapp chat fiksyen yang dinamakan “World Leaders Group” yang mempamerkan kuasa-kuasa besar dunia seperti USA, Russia dan China, juga negara-negara seperti North Korea, England, Finland, South Korea, Denmark, France dan Belarus kononnya sedang saling berbalas pandangan tentang permasalahan global. 

Salah satu jenaka Zelensky yang terkesan adalah ketika beliau mempersendakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sentiasa terpalit kontroversi berkaitan wanita di mana kononnya presiden itu tersalah menghantar mesej yang berbunyi “anda seorang wanita yang cantik” sebelum cepat-cepat berkata “maaf, chat yang salah” dalam mesej berikutnya.

Kebolehan Zelensky berjenaka di dalam satu perjumpaan yang serius walaupun memegang jawatan tertinggi di negaranya, telah rata-rata menghiburkan tetamu yang hadir dan terima kasih kepada internet, pembentangan itu telah tular ke seluruh dunia! 

Klip penuh ‘whatsapp group‘ fiksyen ini boleh dilihat di link youtube ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 Aug 2020

Sah Mutasi D614G Dalam Kluster Tawar – KKM

Jadi, terus patuhi SOP dan jaga kebersihan selalu

Featured Thu, 28 Aug 2025

“Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat”- Rita Rudaini

Ibu tunggal bukan lemah tapi memilih untuk kuat.

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Thu, 26 Jun 2025

Cakra Khan Belanja RM5,000 Sebulan Bela 30 Kucing Jalanan

Cakra Khan ada perancangan untuk buat pusat perlindungan kucing jalanan

Featured Thu, 27 May 2021

Langgar SOP, Siti Nurhaliza & Datuk K Dikompaun RM10,000

Berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa pada 26 April lalu, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun […]

Trending Sun, 11 Aug 2019

Mak Terlelap, Anak 2 Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Macam mana anaknya boleh maut dan ada dalam kereta ya ?

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
error: Content is protected !!