Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 27, 2021 @ 5:02pm

Langgar SOP, Siti Nurhaliza & Datuk K Dikompaun RM10,000

Berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa pada 26 April lalu, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

“Kompaun sebanyak RM2,000 turut dikeluarkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

“Selain itu, turut dikenakan jumlah kompaun yang sama adalah tiga lagi ahli anak Khalid,” katanya pada sidang akhbar secara maya, hari ini.

26 April lalu, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa mengadakan majlis tahnik anak kedua mereka, Muhammad Afwa Jiwa secara terbuka dan menjemput beberapa tetamu kenamaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Jul 2022
Hiburan Mon, 19 Sep 2022
Featured Wed, 10 May 2023

Caprice Berdamai Dengan Anggota Polis Ajak Bagi Penampar, Komen Netizen Ini Curi Perhatian!

Alhamdulillah berbaik dah.. Tapi macam betul yang brader tu komen kan

Featured Wed, 6 Oct 2021
Hiburan Thu, 27 Feb 2025

[VIDEO] Isteri Aliff Syukri Puji Cik B Berbudi Bahasa – “Saya Ingat Dia Jenis Kasar…”

Tak sangka Cik B seorang baik dan budi bahasa, Shahida ingat anak DSV kasar

Featured Fri, 16 Jan 2026

Terima Nafkah RM3000 ‘All In’, Rita Rudaini Ada Sebab ‘Meroyan’ – “Player JDT, Pakai Branded… Tapi Kata Tak Mampu”

Individu berkenaan mendakwa bekas suami Rita hanya memberikan nafkah berjumlah RM3,000 secara ‘all in’, kos lain termasuk pendidikan anak-anak ditanggung sepenuhnya oleh pelakon itu.

error: Content is protected !!