Dikritik Pakai Rantai, Individu Dakwa Shuib Berubah? – “Sejak Arwah Tak Ada Jadi…”

Penampilan pelawak dan usahawan Shuib menerima kecaman segelintir pihak yang mempertikaikan pemilihan selebriti ini menggunakan aksesori.

Berdasarkan sebuah perkongsian di Instagram, Shuib memuat naik foto bersama pelakon kegemaran ramai, Meerqeen meraih perhatian ramai yang tertumpu kepada dirinya.

Dalam foto tersebut, Shuib memakai blazer set berwarna coklat serta dipadankan dengan aksesori rantai jenis silver.

“Dah la hensem,humble pulak tu,,,pakej!!! Semoga terus sukses!!! @meerqeen,” tulisnya di kapsyen foto tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA ada segelintir netizen yang tidak menggemari selebriti anak empat ini memakai rantai.

Malah, ada dalam kalangan mereka yang berkata perwatakan dan penampilan Shuib mula berubah semenjak isterinya, allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia.

Untuk rekod, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhinrya pada 9 Ogos 2021 akibat wabak COVID-19.

Artikel Berkaitan: Kedai Shuib Dilanggar Kereta SUV, Pemandu Dipercayai Tertekan Minyak

Artikel Berkaitan: Kesal Kehidupan Peribadi Jadi Perbualan, Shuib Buka Mulut Soal Baju Sedondon Dengan Usahawan – “Netizen Lebih Dahsyat”

Artikel Berkaitan: Shuib Pecah Lantai Rumah, Netizen Pula….

Aqilah Paharuzi