Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 6, 2023 @ 12:05pm

Dikritik Seksi, Kasih Iris Leona Luah Rasa Kecewa – “Tubuh Saya, Pilihan Saya! Tak Ada Kena Mengena Langsung Dengan…”

Baru-baru ini, nama anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu pempengaruh sensasi Kasih Iris Leona hangat menjadi perbualan ramai di media sosial.

Ia ekoran tular beberapa foto dan video seksi dan menjolok mata sehingga menunjukkan buah dada Leona yang kini sedang menjalani pembelajaran di negara terkemuka, United Kingdom.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Berbikini Putih, Leona Buat Netizen Terkejut Dengan Dress Ungu Pula – “Mat Salih Pun Ada Tahap Sopan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Kalau Daddy Pergi…” – Teruk Dikecam Gara-Gara Bikini, Azhar Sulaiman Beri Nasihat Kepada Leona Menerusi TikTok

Bukan itu sahaja, ramai mendakwa Leona berada di sebuah kelab malam di negara tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Leona tampil bersuara menerusi beberapa ciapan di Twitter miliknya.

Jelas Leona, dia tidak berada di kelab malam, malah berada di sebuah majlis yang dianjurkan oleh pihak Universiti.

“Saya tak berkongsi video di kelam malam, I was at my University’s summer ball,” katanya.

Sementara itu, menyedari namanya menjadi sebutan dek penampilan yang dianggap keterlaluan, Leoana bagaimanapun memohon orang ramai untuk tidak mengambil peduli terhadap pakaiannya.

“Apa yang saya pakai tidak memberi kesan kepada sesiapa. Tubuh saya, pilihan saya, masalah saya. Tiada kena mengena langsung dengan semua.

“Kalau tak suka apa yang anda tengok, jadi jangan tengok saya. Block (sekat) sahaja saya.

“Saya langsung tidak kisah mengenai pendapat anda tentang badan saya jadi tolong berhenti meninggalkan komen-komen bodoh yang tidak diingini.

“Kalau saya ada buah dada yang kecil, saya 100% yakin semua orang tak akan kisah mengenai penampilan saya,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Jan 2026

Isu Solekan Umairah Di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Dipersoal, Jurusolek Tampil Beri Penjelasan

faktor pencahayaan pentas dan paparan skrin besar antara punca solekan kelihatan berbeza

Trending Tue, 12 Apr 2022

COVID-19: Dua Lagi Varian Baru Omicron Dikesan

Sub varian Omicron, BA.4 dan BA.5 sudah dikesan.

Trending Tue, 26 Feb 2019

10张「让小孩完全听你话」的创意育儿技巧

小孩总是不听话?到底有哪些方法能让孩子完全听你话?

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Wak Doyok Biar Ibu Carikan Calon?

Senang ye? Tak payah pening-pening!

Trending Wed, 1 Jun 2022
Drama Sat, 10 Dec 2022

Gara-Gara Penonton Benci Watak Halijah Dalam Rindu Kasih TV3, Fazlina Ahmad Daud Kena ‘Serang’ Peminat!

Pelakon Fazlina Ahmad Daud menjadi sebutan ramai selepas karakter Halijah yang dibawa dalam drama bersiri Rindu Kasih bersiaran di TV3 berjaya ‘menyakitkan’ hati penonton. Akibat watak yang menjengkelkan itu, terdapat segelintir individu yang berani menyerang […]

error: Content is protected !!