Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 16, 2023 @ 3:34pm

Dikritik ‘Terpaling Tersakiti’, Individu Bandingkan Fizi Ali Dengan Sharnaaz Ahmad Jaga Hubungan Bersama Bekas Isteri… Ini Respons Tuan Badan – “Tak Sama..”

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali tampil membidas komen netizen yang membandingkannya dengan aktor Sharnaaz Ahmad berkaitan konflik hubungan bersama bekas isteri.

Umum mengetahui, Sharnaaz dan bekas isterinya, Noor Nabila mempunyai hubungan yang baik meskipun sudah bercerai demi menjaga silaturahim bersama anak mereka, Jebat Jayden.

Kemelut antara Fizi dan bekas isteri, Shakilla mula tercetus selepas dia meluahkan rasa kesal tidak dapat bertemu ketika hari graduasi dan masih tidak mengetahui keberadaan anak tunggalnya, Ameena Sofia.

Malah, Fizi juga sudah bernekas untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah Syariah.

Fizi Ali

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu meninggalkan komen di salah satu hantaran Fizi membandingkan dengan Sharnaaz yang tidak pernah membuka aib bekas isteri.

Individu tersebut turut menasihati Fizi untuk menyelesaikan kemelut bersama bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang merupakan ibu kepada anak mereka.

“Cuba tengok macam Sharnaaz, tetap berkawan demi anak, tak pernah sikit pun dia cerita apa-apa pasal bekas isteri.

“Yang salah tu parents tapi anak tak salah. Berbaiklah demi anak, buang ego. Dua-dua ada salah tapi sampai bila nak macam tu?

“Anak yang jadi mangsa sebba orang dewasa. Apa-apa pun dia tetap orang yang melahirkan zuriat awak. Berbincang dan selesaiman dengan hati terbuka.

“Sebesar apa salah dia, maafkan dan berdamailah demi anak,” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Fizi dengan tenang menjawab komen individu berkenaan dalam bahasa yang sopan serta mengucapkan terima kasih kepadanya.

Fizi berkata dia tidak mahu dibandingkan dengan orang lain kerana semua perkara yang berlaku ada hikmahNya.

“Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.. kalau saya bandingkan awak dengan orang lain sama tak?? Tak sama kan.

“Semua jadi ada sebabnya.. Insya-Allah tak lama lagi akan settle semua ni ya..terima kasih,” katanya lagi.

Bagaimanapun, ruangan komen di hantaran tersebut telah ditutup oleh Fizi.

Fizi Ali

Fizi Ali
Sebelum ini, heboh di media sosial mengenai kemelut antara Fizi dan Shakilla mula meraih perhatian ramai di media sosial selepas aktres berkenaan meluahkan rasa kesal apabila anak tkri bekas suaminya menekup mulut Ameena.

Artikel Berkaitan: Ameena Tak Hadir Majlis Graduasi, Fizi Ali Sebak… Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah Syariah!

Artikel Berkaitan: Mahu Hak Sebagai Bapa, Netizen Pula Minta Fizi Ali Layan Anak Tiri & Buat Anak Baru… Ini Reaksi Tuan Badan

Artikel Berkaitan: Warganet Pertahan Shakilla Khoriri, Dakwa Fizi Ali Play Victim & Acah Tersakiti?

Artikel Berkaitan: Isteri Terima DM Wanita Cakap Buruk Soal Suami, Fizi Ali Buka Mulut – “Niat Awak Apa Ye? Pisahkan Kami Ke?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022

[VIDEO] “Mirul Bg Tanda SOS Tu” – Mata Berkelip Laju, Gelagat Suami Ain Edruce Cuit Hati Ramai!

Sukanya min tengok pasangan bahagia ni! Terhibur tengok gelagat suami Ain Edruce, laju kelip mata tu.. Minta tolong ke? 🤣

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Ramai Yang Nak Jadi Menantu Jasmin Hamid, Dah Kenapa??

Kacaknya anak bujang pelakon ini dimana tular sudah gambarnya dan ada yang pasang angan-angan untuk menjadi bakal menantu !!

Contest Sat, 26 Oct 2019

用「XTRA优惠码」以更低价格购买BTS限量版礼盒!

一扣再扣!只要用「XTRA优惠码」就能以更低价格,在Superdeals购买到BTS限量版礼盒!

Featured Fri, 1 Aug 2025
Trending Tue, 2 Mar 2021
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

黄明志遭扣4天获释「谢谢大家的关心」

黄明志因新歌《狗一样》遭到扣留,该首歌曲影片因涉嫌侮辱伊斯兰教,触犯宗教敏感线,在4天扣留期届满后,他终于在26日被允许保释外出,随即在脸书发文向粉丝报平安。

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Dah Bernikah Rupanya…

Tahniah Vanessa Angel!

Hiburan Sun, 24 Aug 2025

“Konsert Solo Berskala Besar? Saya Tak Nak Buat Ala Kadar” – Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah mahu persembahan terbaik untuk peminat.

error: Content is protected !!