Categories: HiburanSelebriti

‘Fake Instagram’ Ini Jawapan Win Nana Al Haleq !

Siapa yang tidak kenal dengan jurulatih kecergasan yang semakin mendapat tempat dalam dunia pengacaraan ini, sebut sahaja Nana Al Haleq pasti sesiapa pun akan mengenali wanita berbadan sado ini. 

Terpalit dengan beberapa isu kontroversi melibatkan status agama yang dianuti, kini beliau sekali lagi timbul dengan isu panas apabila terdapat individu yang tidak dikenali menggunakan nama beliau untuk membuat akaun instagram baru dengan nama ” Nana Al Haleq Perempuan Sundal.” Walaubagaimana pun, motif sebenar individu tersebut mencipta akaun palsu ini masih belum diketahui.

 

Hal tersebut sekaligus membuatkan Nana Al Haleq meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap individu tersebut melalui akaun insta story beliau tetapi insta story tersebut telahpun dipadam. Bagaimana pun, Nana sempat meminta agar netizen tidak mempercayai fitnah yang dilemparkan keatas dirinya itu berkenaan akaun palsu tersebut. 

“What in the world. Sudah-sudah la. I seriously kesian for this person. May Allah grant you forgiveness for having such intense hate towards other human being.” Katanya

 

 

Agaknya, apakah motif disebalik tindakan individu tersebut? Adakah beliau melakukan perkara sedemikian apabila melihat cara pemakaian Nana Al Haleq yang menjolak mata? 

Apapun, diharap kita sebagai masyarakat haruslah menghormati cara dan budaya setiap manusia. Jangan nilai pada luaran sahaja. Bak kata pepatah, “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”

Salma Syahbuddin