Categories: Gaya Hidup

Secawan RM220, Kopi Tahi Gajah Paling Mahal Di Dunia!

Kopi tahi gajah? Macam geli je dengar! Jangan terkejut, kopi ini memang betul wujud dan harganya sangat mahal. Kopi tahi gajah atau kopi ‘Black Ivory’ merupakan kopi yang terhasil daripada najis binatang yang terkenal di Thailand iaitu gajah.

Ia mula diperkenalkan oleh Anantara, sebuah hotel di Thailand. Kalau anda nak tahu, kopi ini juga telah dinobatkan sebagai kopi paling mahal di dunia! Sanggup ke anda nak minum?

Mesti anda nak tahu kenapa harga kopi tahi gajah ini mahalkan? Sebenarnya, untuk menghasilkan kopi ini sangat rumit sebab itu harganya mahal. Kopi tahi gajah ini dijual pada harga kira-kira $1,100 (RM4,840) setiap kilogram dan untuk secawan kopi pula berharga $50 (RM220). Mahal kan!

Foto: The Life Of Luxury

Foto: Bangka Pos

Selain itu, terdapat kajian yang dijalankan mendapati bahawa enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah mengandungi protein sekaligus menjadikan biji kopi paling berkualiti. Bagi memproses biji kopi tersebut, gajah-gajah perlu diberi makan sebanyak 33 kilogram biji kopi untuk menghasilkan sekilo serbuk kopi Black Ivory ini.

Uniknya, sebaik sahaja gajah mengeluarkan tahinya, tahi tersebut akan segera dikutip dan kopi di dalam tahi gajah tadi akan segera dibersihkan sebelum diproses menjadi serbuk kopi. Begitu rupanya nak hasilkan kopi tahi gajah ini.

Foto: Petslady.com

Foto: Daily Mail

Foto: Thenational.ae

Foto: JobbieCrew.com

Anda rasa macam mana? Agak-agak nak minum tak? Tapi, penulis tak pasti sama ada kopi tahi gajah ini halal diminum ataupun tidak.

Sumber: Dailymail

tex_admin