Dimarahi Produser Antara Pengalaman Pahit Sarah Hildebrand Dalam Pujaan Hati Kanda

Nadine kena marah? Serius lah!

Memegang watak sebagai anak orang berada, dan usahawan yang berjaya, Sarah akui wataknya kali ini sedikit mencabar kerana dilihat begitu obses terhadap tunangnya, Danny lakonan Remy Ishak.

Menurut Sarah, banyak pengalaman pahit dan manis dilalui oleh beliau ketika penggambaran drama bersiri ini dijalankan. Dan antara pengalaman yang semestinya tidak dapat dilupakan oleh gadis kacukan ini adalah ketika beliau dimarahi oleh pengarah.

” Memang betul saya ada kena marah dengan pengarah, dan scene itu mengambil masa 2 hari penggambaran yang dijalankan di Ijok. Scene tersebut adalah ketika saya datang berjumpa Tiara dirumahnya sehari selepas majlis perkahwinannya dengan Danny berlangsung. Dan diminta untuk bergaduh bersama Reen Rahim”

” Saya dimarahi sebab asyik terlupa skrip, mungkin kerana sebelum tu saya ada mengambil cuti and saya akui sikit blur dan banyak tersasul mungkin disebabkan cuaca yang agak panas”

“And, masa tu pengarah ada minta some action tapi takjadi macam apa yang dia nak. Tapi, Alhamdulillah akhirnya semua berjalan dengan lancar.”

Walaupun dikecam kerana wataknya yang terlalu obses dan tidak ‘move on’ dari bekas tunangnya itu, lakonan Sarah tetap mendapat pujian dari netizen yang menganggap scene tersebut antara yang terbaik pernah dilakonkan oleh hijabista berdarah kacukan ini.
Tambahnya lagi, sepanjang menjalani penggambaran PHK, Remy Ishak dan Mira Filzah sangat memberikan sokongan kepada beliau termasuklah memberikan tips lakonan dan banyak lagi.
Jadi, kepada peminat drama bersiri ni, korang tau tengok je kan? Mesti tak sangka Nadine pun boleh kena marah dengan pengarah. Betul tak? Tapi, kalau kena marah dan lakonan tu diingati maknanya, lakonan seorang pelakon tersebut memang padu lah!
Salma Syahbuddin